Buletin

PERODUA CATAT PENGUASAAN PASARAN 36.3% PADA Q1 2016

Perodua semalam mengumumkan bahawa ia menguasai 36.3 peratus daripada jangkaan volum keseluruhan industri (TIV) sebanyak 130,000 untuk suku pertama tahun ini.

Perodua-Axia-G-ABS-mekanika (3)

Ia berikutan Perodua berjaya mendaftar hampir 47,200 unit kenderaannya, dipacu oleh permintaan menggalakkan terhadap model Axia.

Di sebalik peningkatan perkongsian pasaran tersebut, jualan suku ke suku Perodua bagaimanapun jatuh sebanyak 17.4 peratus daripada 57,200 unit berbanding tempoh sama tahun lalu.

Melihat kepada jualan bulanan pula, Perodua menjual 17,300 unit kenderaan pada Mac 2016 berbanding 22,400 unit dalam tempoh sama tahun lalu, jatuh sebanyak 22.8 peratus.

Perodua-sales-Q1-mekanika

“Berdasarkan kepada kajian dalaman, kami menyifatkan penurunan TIV disebabkan oleh kelemahan ekonomi semasa, peningkatan harga kereta serta impak GST,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr.) Aminar Rashid Salleh.

Perniagaan selepas jualan Perodua menyaksikan peningkatan sebanyak tujuh peratus kepada 515,343 buah kenderaan pada suku pertama tahun ini.

Perolehan alat ganti dan aksesori juga menokok sebanyak empat peratus kepada RM65 juta pada suku pertama berbanding RM62.5 juta tahun lalu.

perodua-eksport-myvi-alza-ke- brunei-mekanika (3)

Dari segi eksport pula, ia memperlihatkan peningkatan, terutama selepas pelancaran Myvi dan Alza di Brunei.

“Untuk suku pertama 2016, kami telah mengeksport 1,600 unit kenderaan ke enam buah negara. Peningkatan 55.8 peratus daripada 1,030 dalam tempoh sama tahun lalu,” kata Aminar lagi.

Google ads
Back to top button