Buletin

PETAK PARKIR DIJUAL PADA HARGA RM5.3 JUTA DI HK

Ini bukan cerita dongeng. Satu petak parkir di sebuah kompleks apartmen mewah di Hong Kong dijual pada harga sehingga mencecah HK$10 juta (RM5.3 juta).

Menurut laporan South China Morning Post, tempat letak kereta itu merupakan sebahagian daripada projek pembangunan mewah Mount Nicholson di The Peak.

The Peak adalah kawasan setinggi lebih 500 meter di Hong Kong.

Sumber memberitahu, syarikat Wharf Holdings dan Kumpulan Nan Fung telah menjual 29 petak parkir di fasa kedua dan ketiga projek mewah berkenaan.

Katanya, kesemua petak parkir dijual melalu tender tertutup kepada para pemilik rumah berkenaan.

“Bahkan, salah satu daripada petak parkir yang dijual melebihi HK$10 juta (RM5.3 juta),” ujar sumber itu lagi.

Pengarah Jualan di Agensi Hartanah Centaline cawangan The Peak, William Lau berkata ia sudah pasti merupakan petak parking paling mahal di Hong Kong. –SCMP

Google ads
Back to top button