Buletin

BUDAK 9 TAHUN REMBAT CHEVY MALIBU, NAK BERENANG DENGAN DOLFIN. TAPI KEMALANGAN PULA

Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun melanggar sebuah kereta dan lori selepas memandu Chevrolet Malibu milik ibu bapanya untuk berenang dengan dolfin serta berkelah di pantai bersama adiknya.

Kanak-kanak perempuan tersebut tmemandu kenderaan terbabit sejauh 16 kilometer dari rumah mereka sebelum kemalangan.

Kedua adik-beradik itu dikatakan ingin pergi berkelah di sebuah pantai di California dan berenang bersama dolfin.

Jarak pantai tersebut dan rumah mereka mengambil masa pemanduan selama 10 jam.

Menurut Jabatan Polis Bandar Lembah Barat di Twitter, kanak-kanak berkenaan memandu di jalan utama sebelum melanggar sebuah kereta dan ksebuah lori.

Pihak polis memberitahu, kanak-kanak tersebut dan adiknya yang berusia empat tahun bangun pada pukul tiga pagi (waktu tempatan) menyelinap melalui basement dan memandu kereta milik ibu bapa mereka yang sedang tidur.

Rakaman kamera pada badan seorang anggota polis di lokasi kejadian menunjukkan bahagian hadapan kereta mengalami kerosakan.

 “Ini amat gila! Adakah dia memandu?” soal seorang anggota polis dalam video tersebut.

Kedua-dua kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan. -agensi

Google ads
Back to top button