PARKIR MOTOSIKAL SESUKA HATI, LELAKI MAUT DIBELASAH RAKAN
Gara-gara meletakkan motosikal sesuka hati, seorang pemuda di Kabupaten Sikka, Nusa Tenggara Timut maut dibelasah oleh rakannya sendiri.
Silvester Aidopang, 21, dari Desa Nebe, Kecamatan Talibura, Kabupaten Sikka bertarung nyawa dan akhirnya meninggal dunia setelah dipukul oleh rakan-rakannya sendiri selepas satu majlis keramaian pada Ahad.
Ekoran kejadian itu, polis menahan tiga suspek dikenali sebagai Des, Charles dan Verbec. Ketiganya merupakan warga Desa Nebe.
Kejadian itu bermula apabila Silvester bersama para suspek duduk sambil minum arak pada malam minggu lalu.
Dalam keadaan mabuk Silvester telah meletakkan motosikalnya hingga menghalang kenderaan lain.
Walaupun ditegur oleh rakan-rakan tetapi Silvester tidak mengendahkannya. Rakan-rakan yang berang dengan sikapnya itu telah membelasah mangsa di jalan raya. – Utusan Online
- BACA: BERANG DITEGUR, PEMANDU ALZA BELASAH LELAKI HINGGA CEDERA DI KEPALA, PATAH 7 BATANG GIGI
- BACA: ZICO MASIH PAKAI TOYOTA CELICA HADIAH BELASAH LIVERPOOL 40 TAHUN LALU
- BACA: BUAT LAPORAN PALSU SUBARU FORESTER HILANG. DUIT TUNTUTAN INSURANS NAK GUNA UNTUK KAHWIN
- BACA: PANDU UJI:PERODUA ATIVA AV, LAHIRNYA MAT KACAU SEGMEN A DAN B