Buletin

PETRON MALAYSIA BELANJA 1,400 TETAMU TONTON AVENGERS: ENDGAME

Petron Malaysia baru-baru ini menganjurkan tayangan filem Marvel yang paling dinanti-nantikan, Marvel Studios’ Avengers: Endgame bersama The Walt Disney Company Malaysia.

Tayangan filem eksklusif itu diadakan di MBO Cinemas di Starling Mall Damansara Uptown Petaling Jaya, MBO Imago Mall Kota Kinabalu and MBO Spring Mall Kuching.

Ia dihadiri oleh lebih 1,400 tetamu termasuklah rakan perniagaan Petron Miles, pelanggan, selebriti, media dan kakitangan Petron.

Acara itu menjadi tayangan filem terbesar yang pernah diadakan oleh Petron Malaysia setakat ini.

“Majlis adalah sebahagian daripada pengalaman fuel happy yang membezakan kami dengan yang lain. Kami berharap semua tetamu menikmati tayangan eksklusif ini,” kata Ketua Dagangan Runcit dan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy.

Marvel Studios’ Avengers: Endgame memberi terhadap filem Avengers: Infinity War. Filem itu menampilkan semua adiwira Marvel  iaitu Captain America, Black Widow, Hulk, Thor, Antman, War Machine dan Rocket.  

Sejak bekerjasama dengan Disney Malaysia pada tahun 2016, Petron telah menayangkan lima buah filem Marvel bermula dengan Thor: Ragnarok, Black Panther, Avengers: Infinity War, Ant-Man and The Wasp serta Captain Marvel, kepada lebih 5,000 tetamu.

Marvel Studios’ Avengers: Endgame menandakan pengakhiran Fasa 3 kolaborasi yang telah membawa banyak pengalaman yang mengujakan dan tidak dapat dilupakan buat para pelanggan Petron yang merupakan peminat setia Marvel.

Sempena tayangan filem Marvel Studios’ Avengers: Endgame, Petron akan menjual barangan premium khas di 640 stesen minyak Petron.

Ini termasuk t-shirt edisi terhad Marvel Studios’ Avengers: Endgame berwarna hitam dan kelabu (RM40 atau 3,500 mata PMiles), beg clutch bersaiz besar (RM45 atau 4,000 mata PMiles) dan sederhana (RM40 atau 3,500 mata PMiles) dan 5 mat anti-slip individu (RM9 atau 750 mata PMiles).

Untuk setiap pembelian minyak enjin Petron Blaze Racing Fully Synthetic atau Petron Blaze Racing Synthetic Blend, pelanggan akan menerima payung 23-inci edisi terhad Marvel Studios’ Avengers:Endgame secara percuma. Semua brangan premium akan mula dijual sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai Petron, sila layari www.petron.com.my. Maklumat lanjut berkaitan promosi dan aktiviti Petron melalui Facebook @PetronMalaysia, Twitter @Petron_Malaysia dan Instagram @petron_malaysia. Hashtag rasmi Petron #PetronAvengersEndgame.

Google ads
Back to top button