Motosikal

DISTINGUISHED GENTLEMAN’S RIDE BERLANGSUNG HARI INI

Hari ini, berlangsung satu acara unik. Sekumpulan penunggang motosikal akan menunggang jentera klasik dan vintaj masing-masing dengan pakaian penuh gaya.

Distinguished-Gentleman’s-Ride-2016-mekanika  (4)

Dikenali sebagai The Distinguished Gentleman’s Ride (DGR), acara itu dianjur untuk menyokong aspek kebajikan kesihatan lelaki.

DGR diasaskan oleh Mark Hawwa dari Sydney, Australia yang mendapat inspirasi apabila melihat foto pelakon siri televisyen Mad Men, Don Draper menunggang sebuah motosikal klasik sambil memakai sut lengkap.

Distinguished-Gentleman’s-Ride-2016-mekanika  (11)

Justeru, acara itu dilihat sebagai cara terbaik untuk mengubah persepsi atau stereotaip negatif terhadap penunggang motosikal. Pada masa yang sama, merapatkan hubungan komuniti penunggang motosikal.

Tunggangan pertama berjaya menghimpunkan lebih 2,500 orang penunggang dari 64 buah bandar raya di seluruh dunia. Kejayaan itu mendorong Mark untuk meneruskan DGR.

Distinguished-Gentleman’s-Ride-2016-mekanika  (6)

  • Pada tahun 2013, lebih 11,000 orang peserta dari 145 buah bandar raya mengambil bahagian dan berjaya mengumpul dana sebanyak AS$277,000 (RM1.14 juta) bagi tujuan penyelidikan kanser prostat.
  • Pada tahun 2014, lebih 20,000 orang peserta di 257 buah bandar raya berjaya mengumpul AS$1.5 juta (RM6.2 juta) bagi tujuan penyelidikan kanser prostat.
  • Pada tahun 2015, lebih 37,000 orang peserta di 410 buah bandar raya berjaya mengumpul AS$2.3 juta (RM9.5 juta) untuk tujuan sama.
  • Tahun ini, dianggarkan seramai 50,000 orang peserta di lebih 500 buah bandar raya di 90 buah negara akan mengambil bahagian dengan sasaran dana mencecah AS$5 juta (RM20.6 juta). Wang tersebut akan dilaburkan ke dalam penyelidikan kanser prostat dan program pencegahan bunuh diri yang dijalankan oleh rakan rasmi DGR, Yayasan Movember.

Distinguished-Gentleman’s-Ride-2016-mekanika  (2)

Yayasan Movember merupakan organisasi kesihatan lelaki paling besar di dunia. Ia komited membantu lelaki untuk hidup lebih bahagia, sihat dan lama.

DGR turut disokong pembuat motosikal dari United Kingdom, Triumph dan jenama jam tangan mewah, Zenith Watches.

Distinguished-Gentleman’s-Ride-2016-mekanika  (7)

Di Malaysia, GDR akan berlangsung di The Garage KL, Ampang dan sekitar Pulau Pinang mulai jam 8.00 pagi hingga petang.

Jadi, kalau anda nampak tiba-tiba pulak ada rider pakai suit macam peguam naik motosikal klasik, dia orang pegi DGR la tu..

Google ads
Back to top button