Motosikal

PETRONAS TARIK DIRI JADI PENAJA UTAMA MOTOGP SRT

Gergasi petroleum negara, PETRONAS menarik diri sebagai penaja utama Sepang Racing Team (SRT) pada musim hadapan.

Menurut laporan Autosport, SRT akan menumpukan perhatian kepada kelas perlumbaan MotoGP manakala pasukan Moto2 dan Moto3 dibubarkan.

Pembubaran pasukan Moto2 dan Moto3 dibuat sebagai usaha untuk melindungi projek MotoGP.

Pasukan SRT sentiasa berharap mampu menjadi platform melahirkan bakat-bakat muda tempatan melalui projek Moto2 dan Moto3 sebelum diserapkan ke MotoGP.

Bagaimanapun, dengan laporan terbaharu itu, kemungkinan besar tiada lagi tempat bagi bakat-bakat muda tempatan berikutan kekangan kewangan.

SRT mula debut pada tahun 2015 memasuki kelas Moto3 sebelum mengembangkan sayap ke kelas Moto2.

Pada tahun 2019, dengan sokongan Petronas dan Yamaha, SRT mengorak langkah dalam MotoGP. –autosport

Google ads
Back to top button