Buletin

PETRONAS TERIMA ANUGERAH PUTRA BRAND UNTUK TAHUN KE-10 BERTURUT-TURUT

PETRONAS dianugerahkan dengan Putra Brand Platinum Award dan Hall of Fame Award untuk kategori Bahan APi, Pelincir dan Aksesori Automotif dalam acara Putra Brand Awards baru-baru ini.

Ini merupakan pengiktirafan kali ke-10 tahun berturut-turut.

“PETRONAS sangat berbesar hati kerana sekali lagi dipilih sebagai jenama pilihan rakyat malaysia. Kedua-dua anugerah ini jelas menunjukkan kekukuhan jenama kami. Kami sentia melabur demi meningkatkan produk dan memastikan ia mampu memenuhi keperluan pelanggan yang mahukan pemanduan lancar.

“Kepercayaan mereka terhadap jenama kami sememangnya menjadi bukti kukuh tentang kualiti bahan api dan minyak pelincir PETRONA,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Ekskutif PETRONAS Dagangan Berhad (PDB), Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed M Tahir.

Awal tahun ini, PDB melancarkan bahan api PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive yang menjanjikan pemanduan lebih lancar, jimat dan responsif. Petrol itu nyata menerima maklum balas memberangsangkan daripada pengguna.

Baru-baru ini, PDB juga memperkenalkan rangkaian minyak pelincir PETRONAS Syntium dengan °CoolTech™ yang diformulasi untuk menangani isu kepanasan melampau enjin..

Buat pertama kalinya, ia turut hadir dengan minyak khas untuk enjin kenderaan hibrid. Sekali gus menandakan penyertaan PETRONAS ke dalam pasaran kenderaan hibrid yang pantas berkembang.

Rangkaian bahan api dan minyak pelincir itu merupakan hasil teknologi, pengetahuan dan inovasi yang diperoleh daripada PETRONAS Fluid Technology SolutionsTM (FTS). FTS ialah satu pendekatan pintar untuk menghasilkan formulasi bendalir automotif temaju yang mampu memaksimumkan prestasi enjin.

Kombinasi PETRONAS Primax dan PETRONAS Syntium bertanggungjawab memperkasakan pasukan MERCEDES-AMG PETRONAS Formula One™ untuk menerima anugerah World’s Constructor Championship buat kali kelima pada tahun 2018.

Google ads
Back to top button