Buletin

PEUGEOT 2008, 3008 DAN 5008 KINI HADIR DENGAN JAMINAN & SERVIS PERCUMA SELAMA 5 TAHUN

Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) baru-baru ini mengumumkan bahawa semua model baharu Peugeot yang dijual di Malaysia kini hadir dengan penyelenggaraan percuma dan jaminan selama lima tahun, berkuat kuasa serta-merta.

Melibatkan model 2008, 3008 dan 5008, pakej penyelenggaraan percuma tersebut merangkumi kos buruh, alat ganti dan pelincir.

Pakej itu bertujuan meningkatkan pengalaman pemilikan dan memberi ketenangan minda kepada pelanggan.  

Pelanggan boleh melayari laman web: customer.peugeot.com.my untuk mendapatkan temu janji seris atau memeriksa maklumat penting yang lain seperti perincian kenderaan, jaminan dan mengetahui lokasi pusat servis terdekat.

Anda juga boleh menghantar emel ke customersupport@baasb.com.my atau hubungi talian 03-7627 8818. Semua pelanggan Peugeot dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat mereka di https://baasb.com.my/Peugeot/index.html

Google ads
Back to top button