GANGGU PENDUDUK SETEMPAT DAN TIDAK MEMILIKI LESEN, POLIS PHUKET TAHAN MAT REMPIT WARGA PERANCIS
Polis Phuket berjaya menahan dan mendenda seorang warga Perancis kerana menyebabkan kekecohan di Jalan Bangla di Phuket, Selatan Thailand.
Operasi itu dilakukan hasil maklumat dan aduan penduduk yang mendakwa diganggu bunyi bising deruman motosikal.
Penduduk turut mengadu bahawa kebanyakan penunggang tidak memakai topi keledar seperti yang dikehendaki oleh undang-undang Thailand.
Tindakan segera polis trafik bagaimanapun gagal setelah pelumba berjaya melarikan diri tetapi polis berjaya mendapat butiran pendaftaran sebuah motosikal Yamaha TMAX berwarna putih.
Hasil siasatan mendapati motosikal itu disewa oleh seorang warga perancis yang dikenali sebagai Sofiane Ouenzerfi. Lebih malang lagi, polis mendakwa Ouenzerfi memandu motosikal tanpa lesen dan didenda 1,500 baht (RM192).
Turut ditahan ialah pemilik sebenar motosikal itu untuk membantu siasatan serta didenda sebanyak 1000 baht (RM128) kerana menyewakan motosikal kepada seseorang tanpa lesen.
Memetik kenyataan polis, mereka juga memaklumkan perkara tersebut kepada Kedutaan Perancis di Bangkok untuk menangani masalah pematuhan peraturan lalu lintas di kalangan rakyat Perancis di Phuket.
Dalam pada masa yang sama, imigresen Phuket, baru-baru ini telah melancarkan tindakan keras iaitu memberi ‘Kad Merah’ terhadap warga asing yang melakukan jenayah.
āDi bawah sistem itu, warga asing bakal menerimaĀ ākad kuningā untuk kesalahan pertama seterusnya akan dimaklumkan kepada kedutaan. Jika mereka melakukan kesalahan kedua, mereka akan dihantar pulang ke negara asal.ā
- BACA: JPJ PULAU PINANG SAMAN BENGKEL POTONG BREK MOTOSIKAL NAK BAGI LAJU KETIKA MEREMPIT
- BACA: NORWAY ADA JALAN RAYA TERBAIK DAN PEMANDANGAN CANTIK. TETAPI KENAPA TIADA SIAPA BERANI MEREMPIT DI SANA?
- BACA: IMAM MUDA LENGKAP BERJUBAH MEREMPIT DI NKVE DITAHAN POLISĀ
- BACA: AWAS MAT REMPIT!!! POLIS LAKSANA OPERASI AMBANG MERDEKA