LELAKI POLAND GAGAL UJIAN TEORI MEMANDU 192 KALI!!!
Seorang lelaki Poland gagal sebanyak 192 kali ujian teori memandu selepas 17 tahun mencuba menduduki ujian berkenaan.
Pihak berkuasa Poland memaklumkan itu rekod gagal tertinggi untuk ujian memandu pernah dicatatkan di negara itu, setakat ini.
Lelaki berasal dari Piotrkow Trybunalsk di tengah Poland itu belum pernah sekalipun menduduki ujian memandu di jalan raya.
Sebaliknya, dia dilaporkan gagal pada peringkat ujian teori. Di Poland, ujian teori itu dijalankan menggunakan komputer.
Lelaki itu berusaha untuk lulus selama hampir dua dekad, tetapi tiada had umur ditetapkan untuk lulus ujian berkenaan.
Menurut euroweeklynews, dia membelanjakan 6,000 Zloty (kira-kira RM6,413) untuk menduduki 192 ujian berkenaan.
Laporan statistik menunjukkan secara purata, rakyat Poland akan lulus ujian memandu pada kali kedua ataupun ketiga. – agensi