Buletin

WRC2 – OLIVER SOLBERG MENANG DENGAN BERGAYA UNTUK AKSI TERAKHIR DI RALLY CHILE

Pemandu muda dari Sweden, Oliver Solberg berjaya memenangi saingan kelas WRC2 di Rally Chile Bio Bio dalam aksi terakhir buat beliau musim ini. Khabarnya Oliver Solberg tidak akan meneruskan aksi di dua baki perlumbaan berikutnya termasuklah yang terakhir di Jepun akibat kekangan bajet.

Beraksi dalam situasi yang beliau sudah pun terkeluar untuk merebut kejuaraan WRC2, memungkinkan Oliver Solberg yang memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 lebih tenang dan tekanan.

Oliver Solberg selesa mendahului saingan dari mula dan merampas kedudukan pendahulu daripada Sami Pajari pada hari Jumaat sehingga ke akhir perlumbaan, malah beliau turut menamatkan perlumbaan di tempat keenam keseluruhan.

Pun begitu, Sami Pajari kekal cuba mengekori rapat Oliver Solberg, namun ternyata strategi taktikal yang digunapakai  berserta dengan tekanan tayar yang tepat oleh Oliver Solberg berjaya membantu beliau untuk memenangi perlumbaan.Oliver Solberg berjaya memenangi kali kedua acara WRC2 musim sekali gus menamatkan kempen beliau musim ini dengan gembira.

Tempat kedua dimenangi oleh Gus Greensmith yang turut memandu jentera yang sama disediakan oleh Toksport, dengan ketinggalan 25.8 saat. Sungguh pun demikian, dengan keputusan tersebut memberikan sedikit rasa lega kepada beliau apabila terus mendahulu senarai kedudukan pemandu kelas WRC2 apabila seorang lagi pencabar kejuaraan, Yohan Rossel yang memandu jentera Citroen C3 Rally2 hanya mampu berada di tempat keempat keseluruhan di Rally Chile Bio Bio.

Pemenang di tempat ketiga keseluruhan berjaya diraih pemandu muda Finland, Sami Pajari dengan turut memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2. Ini mungkin keputusan yang tidak diinginkan oleh pemandu muda Finland tersebut, sementelah beliau berjaya menjadi pendahulu perlumbaan ketika hari Jumaat sebelum Oliver Solberg berjaya memintas catatan masa ketika perlumbaan hari Sabtu.

Sementara itu, wakil pemandu tuan rumah, Emilio Rosselot muncul sebagai pemandu terbaik apabila berada di tempat keenam keseluruhan bagi kelas WRC2.

Dengan berbaki dua perlumbaan, saingan kini membabitkan tiga pelumba untuk
merebut kejuaraan WRC2 musim ini.

Kedudukan Pungutan Mata WRC2

  1. Andreas Mikkelsen – 102 mata
  2. Yohan Rossel – 92 mata
  3. Gus Greensmith – 80 mata

BACA : WRC2 – ANDREAS MIKKELSEN MUNCUL JUARA DI ESTONIA. OLIVER SOLBER PULA APA CERITA?

BACA : OLIVER SOLBERG CEMERLANG DI RALLY SWEDEN DALAM AKSI WRC2

Google ads

B K

Back to top button