Buletin

UM UBAH SUAI BAS BURUK JADI AIRBNB. RAMAI YANG NAK SEWA

Sebuah bas pelajar Universiti Malaya yang tidak lagi digunakan telah diubah suai menjadi rumah kecil untuk disewa.

Rekaan dalamannya yang cantik dan kemas nyata mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.

Projek itu adalah idea bekas Naib Canselor (Pembangunan) UM, Prof Faisal Rafiq Mahamd Adikan sejak tahun 2016. Bas itu tidak lagi digunakan pada tahun 2013 dan sudah bertahun-tahun tersadai.

Pelajar sarjana sains, Siti Norasiah Abd Kadir memberitahu universiti pada asalnya mahu melupuskan sahaja bas berkenaan.

Lagi pun, Prof Faisal tahu tentng kewujudan dua kumpulan dalam Sekretariat Makmal Hidup dan Kelestarian UM iaitu Water Warriors dan Rimba Project yang melaksanakan insiatif kelestarian di universiti berkenaan.

“Jadi, beliau tanya jika kami boleh lakukan sesuatu dengan bas itu. Saya rasa universiti masih mempunyai nilai sentimental dengan bas tersebut. Idea ini juga boleh menunjukkan usaha kemapanan dan kreativiti kakitangan UM,” kata Siti Norasiah yang terlibat dengan Water Warriors.

Secretariat itu bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan Harta Benda (JPPHB) bermula tahun lalu.

Dua individu penting yang terlibat dalam projek berkenaan ialah arkitek JPPHB, Nurul Husna Abd Rahman dan Nurul Fitrah Mohd Ariffin Marican dari Rimba Project.

Kontraktor kemudian ditugaskan untuk kerja-kerja ubah suai yang memakan masa selama enam bulan. Bas itu sepatutnya dilancarkan pada April, tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  

Sudah mula dibuka untuk tempahan, bas itu dilihat mampu menjana pendapatan dan menyokong usaha kelestaraian oleh pihak universiti. Sejak sewaan dibuka, Siti Norasiah memberitahu maklum balas yang diterima sangat memberangsangkan.

“Ia memang satu ruang yang unik, tetapi kami tidak menjangka begitu ramai yang berminat. Kami gembira kerana ramai yang berkongsi mengenai bas ini,” katanya.  

Jika anda ingin melihat sendiri bas tersebut, ia ada diparkir di Rumah No.2 UM, berhampiran dengan Fakulti Bahasa dan Linguistik.

Maklumat lanjut, sila layari: https://www.facebook.com/rumahno2/MalayMail

GALERI

Google ads
Back to top button