Buletin

PIRELLI P ZERO™ sound – PEMBESAR SUARA UNIK UNTUK ANDA

Pembuat tayar terkemuka dunia, Pirelli telah menjalin kerjasama dengan IXOOST, sebuah firma dari Modena, Itali yang memiliki kepakaran dalam menghasilkan sistem audio mewah.

Kerjasama itu menyaksikan penghasilan sistem pembesar suara hi-fi eksklusif dengan ciri Bluetooth. Lebih menarik lagi, pembesar suara itu meniru replika tayar terowong angin yang dibina oleh Pirelli untuk pasukan Formula 1 bagi menguji aspek aerodinamik.

Terowong angin ialah satu peralatan penting untuk pasukan Formula 1 mengkaji setiap segi aliran udara, di mana tayar juga memainkan peranan yang cukup penting.

Dengan model skala tayar terowong angin F1, PIRELLI P ZERO™ sound by IXOOST dihasil. Tayar mini itu didakwa menetapkan standard baru dari segi reka bentuk dan teknologi.

Sistem akustik itu terdiri daripada satu amplifer dengan pemproses signal digital berkuasa 100-watt, sebuah midwoofer 100mm dan tweeter silk 25mm. Semua ini dihasil menggunakan tangan di Itali oleh IXOOST.

Menerusi teknologi 4.0 Bluetooth™ APTX terkini, PIRELLI P ZERO™ sound boleh disambung secara tanpa wayar dengan telefon pintar atau peranti lain.

PIRELLI P ZERO™ sound didatangkan dalam sembilan warna yang pernah digunakan dalam banyak litar perlumbaan. Terima kasih kepada bentuk dan dimensinya yang kompak, ia boleh diletakkan di mana-mana sahaja, seterusnya menjadikan ambien ruang berkenaan lebih unik.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button