Buletin

PIRELLI DAN INTER MILAN JUGA BAKAL BERPISAH. KEDAI MAKAN MINANG SIMPANG TIGA JADI PENAJA UTAMA?

Itu hari masa BK up artikel pasal tim bolasepak terulung dunia dan seluruh benua, Manchester United dan Chevrolet ramai juga yang tertarik untuk membaca. Tak kisahlah baca tajuk dulu baru komen ke apa. Nah, kali ini BK bawakan pula alkisah tentang kelab bolasepak terulung dari Itali pula, Internazionale Milan atau pun lebih dikenali dengan nama Inter Milan.

Bolasepak Itali ni BK follow lah juga sikit sikit, itu pun pasal minat tim Napoli era Maradona dulu. Dan tim Inter Milan ini bolehlah dianggap sebagai antara tim yang agak kuat juga, suatu ketika dahulu, zaman Ronaldo. Dan perkhabaran yang diterima, Pirelli yang sudah sekian lama menjadi penaja utama jersi belang biru / hitam ini bakal digantikan dengan penaja baharu.

Untuk rekod, penajaan firma pengeluar tayar yang berasal dari Itali tetapi kini bukanlah menjadi milik Itali ini telah pun bermula semenjak tahun 1995 lagi. Lebih kurang 26 tahun lamanya logo Pirelli terpampang di dada jersi Inter Milan. Suatu tempoh jangka masa yang cukup lama. Dan kali terakhir mereka memperbaharui kontrak penajaan adalah pada 2016 yang lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pirelli, Tronchetti Provera mengesahkan bahawa mereka tidak lagi akan menjadi penaja utama sebaik sahaja tamat Serie A musim 2020/21 nanti. Namun menurut beliau lagi, hubungan yang terputus nanti tidaklah terputus semuanya. Masih ada ruang kerjasama lagi di masa hadapan.

Menurut cakap – cakap sembang kedai mamak, ada kemungkinan penaja yang berasal dari China juga bakal menjadi penyelamat. Oh ya, suka untuk BK kongsikan, Inter Milan kini sebenarnya telah pun berubah pemilikan semenjak beberapa tahun yang lalu. Pada tahun 2013, seorang usahawan dari Indonesia telah pun memiliki majoriti saham Inter Milan sebelum sekali lagi Inter Milan bertukar milikan kepada Suning Group milik Zhang Jindong dari China pada tahun 2016.

Agak ironi apabila penaja utama Pirelli akhirnya turut berubah milikan kepada konglomerat dari China juga, ChemChina pada tahun 2015 setelah menjadi pemegang saham terbesar 45.5%. Bagi Pirelli sendiri, ketiadaan slot penajaan dalam sukan bola sepak tidaklah menimbulkan masalah sebenarnya apatah lagi bermula musim ini sehingga 2024, mereka merupakan penaja tunggal bagi tayar untuk WRC.

Namun tiada kedengaran siapakah bakal penaja utama bagi menggantikan Pirelli. Kehilangan Pirelli selaku penaja utama pasti akan memberikan impak kewangan yang besar. Apatah lagi pemilik Inter Milan, Suning Group khabarnya turut menghadapi masalah kewangan dek kerana pandemik yang melanda.

Kredit : Footyheadlines

BACA : PENAJAAN CHEVROLET BERSAMA MANCHESTER UNITED TAMAT PENGHUJUNG TAHUN INI

BACA : SUZUKI SETUJU SAMBUNG TAJA KELAB MK DONS UNTUK TIGA TAHUN LAGI

Google ads

B K

Back to top button