Buletin

TOYOTA GR86 SOLD OUT DALAM TEMPOH 90 MINIT DI UK

Percaya atau tidak, kesemua model jentera baharu Toyota GR86 habis terjual dalam tempoh kurang 90 minit di United Kingdom (UK).

Menurut majalah UK, Autocar, Toyota tidak mempunyai perancangan untuk menambah kenderaan berkenaan di negara terbabit pada tahun ini.

Begitupun, para pelanggan yang terlepas memiliki jentera sport itu masih berpeluang untuk membeli Toyota GR86 jika terdapat pembatalan tempahan.

“Sambutan yang diterima merupakan tempias daripada laporan media automotif UK dan hakikat bahawa kereta berkenaan akan tamat pengeluaran di Eropah dalam tempoh dua tahun,” kata jurucakap Toyota.

Pengeluaran akan ditamatkan berikutan peraturan yang tidak dipatuhi jentera GR86.

Toyota berkata apabila ia tiada, ia tiada malah tidak mempunyai perancangan untuk menambah model berkenaan di UK.

Jentera terbaharu berkenaan ditawarkan dalam satu varian sahaja dilengkapi rim aloi 18 inci dibaluti tayar Michelin PS4, kluster instrumen digital 7 inci, skrin infotainmen 8 inci dan lampu utama LED.

Toyota GR86 mendapat khidmat enjin empat silinder bozer 2.4 liter yang mampu menjana kuasa 232 hp dipadankan transmisi manual enam kelajuan.

Ia mampu memecut 0-100 km/j dalam tempoh 6.3 saat.

Jentera berkenaan dijual pada harga bermula £30,000 (RM 167,689). – carscoops

Google ads
Back to top button