Buletin

PLAT PENDAFTARAN RAJ CATAT BIDAAN RM3.48 JUTA. RAJ 1 PALING TINGGI RM202,670

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis berjaya mengutip hasil bidaan sebanyak RM3.48 juta bagi nombor pendaftaran RAJ sepanjang lima hari bermula 18 Februari lalu.

Pengarahnya, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, nombor pendaftaran RAJ 1 paling tinggi dibida dengan RM202,670.

“JPJ Perlis membuka siri pendaftaran ini sehingga 22 Februari lalu (kelmarin) dan menerima 4,026 pembida dengan jumlah bidaan sebanyak RM3,486,332.

“Selain RAJ 1 yang mendapat sambutan tinggi, RAJ 5 kedua tertinggi dengan RM101,780, diikuti RAJ 3 yang dibida sebanyak RM 81,000,” katanya.

Fatimah berkata, jumlah pembida yang berjaya mendapatkan nombor pendaftaran siri itu adalah 2,333 orang.

“Bidaan siri RAJ ini adalah kali kelima dilaksanakan secara dalam talian menerusi secara e-Bidding selepas siri RAE.

“Aplikasi JPJeBid menawarkan ketelusan bidaan bermula daripada pendaftaran sehingga transaksi bayaran dan pembida boleh mengetahui kedudukan (ranking) secara ‘real time’ dan sepenuhnya melalui sistem tanpa unsur campur tangan manusia,” katanya. – HM

Google ads
Back to top button