VOLVO V70 WAGON PALING MAHAL DALAM DUNIA BERNILAI RM82 JUTA!!!
Jenama Volvo baru sahaja memperkenalkan kenderaan masa depan elektrik sepenuhnya sama seperti pengeluar-pengeluar kenderaan lain di dunia.
Didatangkan dengan inovatif keselamatan terkini dan kemasan dalaman pintar, tidak dinafikan Volvo dijual umpama pisang goreng.
Bagaimanapun, ada sebuah Volvo V70 wagon memiliki tag harga yang tidak masuk akal sama sekali.
Disenaraikan pada DuPont Registry, kenderaan tersebut dijual pada harga AS$20 juta (RM82 juta)!!!
Apa istimewa sangat, Volvo wagon buruk ni? Ada emas ke dalam Volvo tersebut?
Kalau anda perhatikan dengan teliti, nombor plat yang tertera pada Volvo V70 itu mempunyai nilai sangat tinggi.
Nombor plat berkenaan ditempah pada akhir tahun 1970-an ketika New York mula menawarkan plat kenderaan kepada khalayak.
Pemilik nombor plat tersebut berkata pada lewat tahun 1970-an dia telah mencadangkan kepada bapanya untuk menempah nombor plat itu kerana merasakan ia sangat istimewa.
“Bagaimanapun, saya tidak sangka ia terlalu istimewa,” ujar.
Keluarga lelaki itu merupakan pemilik nombor plat istimewa tersebut sejak ia didaftarkan.
Dia menjelaskan ia merupakan satu-satunya nombor plat ‘New York yang sah boleh digunakan di jalan raya.
Bahkan, katanya, nombor plat berkenaan telah ditiru dan digunakan hampir semua kedai cenderamata di seluruh bandar dan internet.
Dengan nilai RM82 juta, anda boleh memiliki sebanyak 386 unit generasi baharu wagon V70. -carbuzz
- BACA: TERLUPA AKTIFKAN PERISIAN, VOLVO XC40 RECHARGE TERSADAI DI PELABUHAN AMERIKA
- BACA: VOLVO AKAN KURANGKAN MODEL SEDAN DAN WAGON. FOKUS KEPADA SUV
- BACA: GEELY DAN VOLVO TAK JADI BERGABUNG. TUBUH ENTITI BAHARU UNTUK BANGUNKAN RANGKAIAN KUASA
- BACA: VOLVO DEDAH REKOD JUALAN BERBILION-BILION. CATAT PENDAPATAN CECAH RM73 BILION!!!