
MERCEDES-AMG C43 BIASA JE, TAPI NO PLAT CECAH RM8 JUTA!!!
Mercedes-AMG C43 Estate yang dilihat di Melbourne, Australia kelihatan sama sahaja seperti model lain kenderaan itu.
Begitupun, cuba perhatikan pada nombor plat yang terpapar 1 di kenderaan itu.
Ia dikatakan nombor pendaftaran paling mahal di Victoria, Australia dianggarkan bernilai kira-kira AS$2 juta (RM8 juta) malah memiliki sejarah tersendiri.

Plat nombor 1 itu, pertama kali dihasilkan pada tahun 1932 malah selama beberapa ketika menjadi perdebatan antara Pesuruhjaya Polis, Perdana Menteri dan Gabenor negeri apabila tiada kata sepakat siapa yang perlu menggunakannya.
Berikutan itu, plat berkenaan disimpan rapi di dalam peti besi Lembaga Pendaftaran Motor.
Pada tahun 1984, nombor plat itu dilelong pada harga AS$127,000 (RM513,397).
Tidak dapat dinafikan melabur wang begitu banyak untuk nombor pendaftaran pada tahun 1984 merupakan satu tindakan berisiko.

Begitupun, nilai nombor plat tersebut terus meningkat saban tahun.
Ia mula didaftarkan pada kenderaan Saab 9000 Turbo dan berpindah tangan beberapa kali.
Selain Saab 9000 Turbo, nombor plat penuh sejarah itu pernah didaftarkan pada jentera mewah seperti Ferrari, Rolls-Royce, HSV SV5000, Porsche 911 Turbo dan 911 Carrera.
Terbaharu, ia kelihatan pada E55 AMG, E63 AMG dan kini menjadi tanda pengenalan model C43 AMG.

Nombor pendaftaran yang memiliki sejarah sangat popular dan ‘panas’ di pasaran Victoria.
Bahkan, pada tahun lalu, terdapat nombor plat 26 dijual pada lelongan dengan harga AS$847,000 (RM3.4 juta).
Dalam lelongan tahun 2018 pula, plat dengan nombor 101 dijual pada harga AS$392,000 (RM1.5 juta) malah terdapat akaun Instagram khusus untuk nombor plat sejarah ini. – carscoops.
- BACA: MYTUKAR AI MAMPU KESAN KECACATAN KERETA DAN KABURKAN PLAT KENDERAAN
- BACA: OTOFACTS PLATFORM TERBAIK SEMAK KENDERAAN TERPAKAI. PERIKSA DAHULU SEBELUM BELI KERETA RECOND
- BACA: MOTOSIKAL PALING BANYAK GUNA NOMBOR PLAT FANCY. 226,142 SAMAN TELAH DIKELUARKAN
- BACA: TUKAR NOMBOR PLAT ‘FANCY’ ATAU BERDEPAN TINDAKAN!!! – POLIS JOHOR