Artikel PilihanBuletin

PM UK DISAMAN KERANA TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR – NEGARA LAIN BERANI KE NAK SAMAN PM?

Polis Lancashire telah mengeluarkan satu saman trafik kepada Perdana Menteri UK, Rishi Sunak kerana tidak memakai tali pinggang keledar dan sewaktu membuat rakaman video dari dalam kereta. Rakaman untuk Instagram itu dibuat di tempat duduk belakang kereta.

Walaupun nama Sunak tidak didedahkan dalam ciapan Twitter Polis Lancashire dan cuma disebut sebagai lelaki berusia 42 tahun dari London namun berita tersebut sudah pun diketahui ramai.

Dalam video yang dimuatnaik oleh Sunak sendiri, beliau jelas kelihatan duduk menghadap kamera di bahagian tempat duduk belakang kereta tanpa memakai talipinggang keledar. Sudah ketika itu sedang bercakap tentang dasar-dasar kerajaan. Insiden tersebut menyebabkan satu siasatan dilakukan oleh pihak polis tempatan.

Sunak berhadapan dengan saman sebanyak £100 (RM530) dan boleh mencecah £500 (RM2,654) jika dihadapkan ke mahkamah. Jangan main-main dengan saman trafik kat UK okey.

Wakil dari pejabat Perdana Menteri menyatakan yang Sunak menerima kesalahan dan saman tersebut serta memohon maaf kepada semua. Beliau akan membayar denda tersebut yang perlu diselesaikan dalam masa 28 hari.

Moral daripada berita ini ialah tak kira setinggi mana pun jawatan kita, yang salah tetap salah. Pihak berkuasa di sana juga wajar dipuji kerana tidak memilih bulu dalam menguatkuasakan undang-undang.

Google ads
Back to top button