Buletin

POLESTAR NAK ‘LAWAN’ PORSCHE

Pengeluar kenderaan elektrik, Polestar mendakwa mampu memberi saingan terhadap jenama Porsche.

Jenama berkenaan yang keluar daripada Volvo beberapa tahun lalu telah mengeluarkan Polestar 1 hibrid dan sedan Polestar 2 elektrik.

Syarikat itu bakal melalui fasa penting dalam tempoh beberapa tahun lagi dengan kelahiran model baharu seperti Polestar 3, Polestar 4 dan Polestar 5.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Thomas Ingenlath memberitahu Auto Motor und Sport syarikat berkenaan akan bersaing dengan Porsche dalam membangunkan jentera sport premium dijana kuasa elektrik.

Polestar masih belum memiliki model mampu bersaing dengan Porsche Taycan yang merupakan kenderaan elektrik (EV) dibangunkan syarikat Jerman terbabit.

Bagaimanapun, Polestar akan melancarkan model 3 baharu pada tahun hadapan yang memiliki saiz sama dengan Porsche Cayenne.

Model berkenaan akan diikuti pula Polestar 4 yang akan menjadi pesaing kepada Porsche Macan.

Dalam pada itu, Polestar 5 bakal didedahkan pada 2024 dijangka berada di pasaran tahun berikutnya dijangka menjadi saingan kepada Tesla Model S dan Porsche Taycan.

Ingenlath memberitahu portfolio produk syarikat akan berkembang beberapa tahun lagi dan membenarkan jenama mengorak langkah dalam haluan berbeza sekali gus keluar daripada dibayangi Volvo. – carscoops

Google ads
Back to top button