" "
Buletin

REMAJA BERGAMBAR ATAS HUD FERRARI CALIFORNIA, PEMILIK RUGI LEBIH RM25K

Tiga orang remaja lelaki yang didapati bergambar dengan berdiri di atas hud sebuah Ferrari California telah menyebabkan kerosakan bernilai AS$6,000 (RM25,350).

Pada awalnya, pemilik Ferrari tersebut, Richard Streep keluar bersama rakan dan meninggalkan kereta di itu di rumah ibu bapanya di El Paso, Texas.

Keesokan pagi, ahli keluarga Streep memberitahu mereka ada melihat beberapa orang budak lelaki berada di kawasan berhampiran.

Tiga orang budak lelaki kemudian naik ke atas hud kereta dan bergambar, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah Kia Soul berwarna hijau.

Streep kemudian membuat laporan polis dan berkongsi gambar Ferrari yang telah rosak itu ke media sosial. Dalam tempoh kurang 24 jam, Streep menerima satu mesej mengandungi pautan profail Instagram remaja yang terlibat.

“Hud kereta saya dipenuhi tapak kasut, selain kemik dan calar di sana sini,” kata Streep.  

Berbekalkan maklumat individu yang terlibat, polis berjaya mengesan remaja berkenaan. Menurut Streep, ibu bapa salah seorang remaja itu telah memohon maaf dan memberitahu akan membantu membayar sebahagian kos pembaikan.  

Google ads
Back to top button