Artikel Pilihan

AKTIVIS ALAM SEKITAR PANCITKAN TAYAR 43 SUV DI BOSTON – FUH GANAS NYA

Sekumpulan aktivis alam sekitar yang menggelarkan diri mereka sebagai “The Tyre Extinguishers” mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian yang berlaku di Boston, Massachusetts yang menyaksikan tayar 43 buah SUV dibuang angin Rabu lepas. Setakat pancitkan satu tayar okey lagi ini dah sah-sah semua tayar dipancitkan.

Mereka mendakwa kenderaan-kenderaan terbabit yang kesemuanya berada di Beacon Hill, kawasan paling mewah di Boston dinyahaktif kerana menyumbang kepada pencemaran udara. Mereka turut meninggalkan risalah pada cermin kereta terbabit.

Menurut laman web mereka, The Tyre Extinguishers adalah gabungan aktivis-aktivis alam sekitar yang percaya bahawa SUV adalah berbahaya kepada alam sekitar dan bukan satu keperluan di bandar-bandar besar.

Lebih-lebih lagi jika bandar tersebut mempunyai sistem jaringan pengangkutan awam yang cekap. Mereka mahu SUV dilarang penjualan dan wang untuk SUV tersebut digunapakai untuk menaiktaraf pengangkutan awam.

Kali ini mereka cuma mensasarkan SUV dengan enjin ICE dan bukan kenderaan EV. Sebelum ini kenderaan EV khususnya SUV turut menjadi sasaran mereka kerana didakwa masih mengotorkan alam sekitar dan berbahaya.

Mereka turut mengecualikan kenderaan yang mempunyai pelekat OKU atas dasar perikemanusiaan tapi seorang mangsa mendakwa telah terlepas temujanji doctor kerana tayar kereta yang dipancitkan. Ha macam mana tu? Kesian acik tu.

Google ads
Back to top button