RAKYAT INDONESIA DIMINTA JANGAN BALIK RAYA KE KAMPUNG NAIK MOTOSIKAL
Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi menyeru rakyat negara itu supaya tidak menggunakan motosikal ketika pulang berhari raya tahun ini, lapor laman berita Tribunnews, kelmarin.
Menurut Budi, faktor keselamatan adalah perkara yang paling dibimbangi apabila rakyat memilih untuk pulang ke kampung menggunakan motosikal.
“Saya mohon secara peribadi supaya anda semua tidak menggunakan motosikal untuk pulang beraya di kampung. Balik kampung untuk berhari raya adalah sangat memenatkan kerana kesesakan jalan raya, ditambah pula apabila kita berpuasa,” kata Budi ketika meninjau persiapan pengangkutan awam di Terminal Kampung Rambutan, Jakarta Timur.
Justeru, rakyat boleh memilih pengangkutan awam seperti bas dan kereta api sebagai alternatif lain untuk pulang beraya.
Jika mereka tetap mahu membawa pulang motosikal ke kampung, kerajaan ada menyediakan perkhidmatan mengangkut kenderaan menggunakan jalan darat dan laut.
“Kami menyediakan lori dan kapal untuk mengangkut motosikal pulang ke kampung bersama pemiliknya,” sambung Budi. – Agensi
- BACA: KERAJAAN INDONESIA DIMINTA JANGAN TERLALU GHAIRAH BELI JET PEJUANG MAHAL
- BACA: TIDAK SUKA DIARAH, INDONESIA AKUI RANCANGAN TESLA UNTUK BINA KILANG BATERI BATAL
- BACA: INDUSTRI MICROBUS DI INDONESIA – APA BARANG GUNA VAN DARI CHINA
- BACA: 85 JUTA RAKYAT INDONESIA DIJANGKA BALIK BERAYA DI KAMPUNG. TAK BOLEH BAYANG DIA PUNYA JEM TU