
DARIPADA BAYAR BATERI HIBRID RM50K, BAIK BELI PROGRAM LANJUTAN BATERI MERCEDES NI
Baru-baru ini, tular sekeping foto yang menunjukkan bil untuk menukar sebuah bateri model hibrid Mercedes-Benz mencecah lebih RM120,000.
Pastinya berita itu mengejutkan banyak pihak, terutama pemilik kenderaan tersebut.

Justeru, bagi memberi ketenangan minda kepada pelanggannya, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai bateri model Mercedes-Benz E 300 BlueTEC Hybrid & S 400 h.
MBM kini memperkenalkan program Jaminan Lanjutan Bateri Hibrid. Hanya dengan harga RM2,688 pelanggan boleh melanjutkan jaminan bateri selama empat tahun lagi untuk kedua-dua model tersebut.
Program itu menawarkan perlindungan 100 peratus atas pembaikan atau penggantian bateri hibrid sehingga 8 tahun atau perbatuan sejauh 180,000km (mana-mana tiba dahulu).
MBM turut mengumumkan harga baru untuk bateri hibrid E 300 BlueTEC ialah RM50,000. Manakala bateri hibrid bagi S 400 h berharga RM65,000.
Jadi, lebih baik lah beli program lanjutan itu daripada nak tunggu rosak, lepas tu terpaksa bayar harga yang sangat tinggi.