Buletin

POLIS TEMUKAN 250 PENUKAR PEMANGKIN CURI BERNILAI RM3 JUTA

Pihak berkuasa Santa Clarita Valley, Amerika Syarikat (AS) berjaya menemukan sebanyak 250 penukar pemangkin (cat-con) bernilai kira-kira AS$750,000 (RM3 juta).

Selain penemuan penukar pemangkin, pihak polis turut menangkap 19 suspek, menemukan wang tunai bernilai AS$100,000 (RM411,250) dan sepucuk pistol yang telah ditanggalkan nombor siri.

Bertindak balas terhadap laporan kecurian penukar pemangkin yang tinggi, pasukan Crime Impact Santa Clarita Valley Sheriff mengetuai operasi waran carian berkenaan pada Rabu lalu merangkumi empat lokasi berbeza dan kebanyakkannya di bandar Los Angeles.

Jabatan Sheriff melaporkan, kes melibatkan kecurian penukar pemangkin meningkat lebih 400 peratus di seluruh daerah Los Angeles.

Dalam pada itu, Persatuan Automobil Amerika (AAA) pula memberitahu Los Angeles Times bahawa terdapat peningkatan lebih 90 peratus melibatkan kecuria penukar pemangkin sepanjang 2020 di California.

Menurut beberapa sumber, kejadian kecurian menunjukkan peningkatan sepanjang pandemik Covid-19 berikutan kebanyakkan kenderaan tidak bergerak dan masalah kewangan. – carscoops

Google ads
Back to top button