Buletin

DAIHATSU MALAYSIA LANCAR PUSAT 3S BAHARU DI IPOH, TAWAR PAKEJ SERVIS RAHMAH

Saga Superior Sdn. Bhd., salah satu daripada pengedar sah Daihatsu Malaysia, secara rasminya melancarkan Pusat 3S di Ipoh, Perak.

Terletak di Jalan Pasir Puteh 1, pusat 3S dengan keluasan 21,780 kaki persegi ini menawarkan khidmat selepas jualan, servis serta rangkaian Daihatsu Gran Max sehingga 17 aplikasi badan yang berbeza.

Pusat 3S ini juga dilengkapi ruang rehat pelanggan, 3 ruang servis, ruang baik pulih, ruang cuci kereta, ruang penyimpanan alat ganti dan peralatan.  

Pengarah Urusan Saga Superior, Cik Loo berkata “Pusat 3S ini akan memudahkan pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan terutamanya bagi model Gran Max selain, pusat servis baharu kami boleh memuatkan sehingga empat unit van dan trak panel Gran Max.”

Tambahan, penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan bakal menerima sentuhan juruteknik terlatih untuk meningkatkan kebolehpercayaan termasuk ia boleh menjimatkan masa pelanggan.  

PAKEJ SERVIS RAHMAH DAIHATSU

Selain pelancaran kemudahan 3S, Daihatsu Malaysia turut mengambil peluang memperkenalkan Pakej Servis Rahmah Daihatsu di semua pusat servis sah Daihatsu di seluruh negara.

Pakej Servis Rahmah Daihatsu menawarkan pakej perkhidmatan mampu milik dengan penjimatan sehingga 38 peratus berharga dari RM149* (terdiri daripada pertukaran minyak enjin, penapis minyak, drain plug gasket dan termasuk caj buruh).

Menurut Daihatsu Malaysia, adalah penting bagi pemilik untuk menyedari keperluan kenderaan komersial mereka diselenggara dengan baik dan memastikan ia selamat digunakan di jalan raya.

Kempen Pakej Servis Rahmah Daihatsu bermula pada 27 Mei 2023 dan pengguna Gran Max digalakkan untuk menghantar kenderaan mereka ke pusat servis Daihatsu di seluruh negara sepanjang tempoh kempen bagi menikmati penjimatan hebat.

Google ads
Back to top button