Buletin

PELANGGAN PORSCHE, GENESIS DAN TOYOTA PALING SETIA

Kajian Kesetiaan Jenama Automotif A.S. oleh J.D. Power 2022 mendapati bahawa sebilangan besar pemandu Amerika memilih untuk membeli jenama kenderaan yang sudah mereka miliki apabila tiba masanya untuk menukar kereta lama mereka.

Kajian itu menganalisis data tentang kenderaan baharu yang dibeli di pengedar francais dan diperluaskan lagi untuk tahun ini. Ia meliputi kesetiaan jenama yang merentasi lima segmen iaitu kereta premium, SUV premium, kereta pasaran massa, SUV pasaran massa dan trak.

Porsche mendapat peratus tertinggi dengan 57.4 peratus, mendahului Genesis (54.6 peratus). BMW pula melakukan lebih baik dalam kategori SUV premium dengan tahap kesetiaan pelanggan sebanyak 58.6 peratus, menewaskan Lexus di tempat kedua yang mengutip 56.4 peratus.

Toyota mengungguli kedua-dua kategori kereta dan SUV pasaran massa dengan penarafan 62.2 peratus dan 63.6 peratus. Tetapi, Toyota tidak berjaya menempatkan diri dalam kategori trak.  Penghormatan itu diberikan kepada Ford, yang mempunyai kadar kesetiaan sebanyak 63.8 peratus, tertinggi dalam kajian 2022.

“Isu rantaian bekalan dan pengeluaran yang lebih rendah daripada biasa mungkin agak mengganggu kesetiaan pelanggan, tetapi jenama berada kedudukan tertinggi cemerlang dengan terus memberi tumpuan untuk mengekalkan pemilik untuk jenama mereka.

“Bagaimanapun, sebaik sahaja industri berjaya menangani rantaian bekalan, cabaran lain muncul dengan lambakan pengeluaran EV yang mungkin akan menggoyah status quo kesetiaan pada jenama. Lebih-lebih lagi jika jenama tersebut tidak cukup memuaskan pelanggan,” kata Naib Presiden Data & Analitik J.D. Power, Tyson Jominy.

Google ads
Back to top button