Buletin

LEXUS ES – BERMULA RM260,000

Lexus Malaysia mengukuhkan barisan modelnya menerusi pengenalan Lexus ES yang telah ditambah baik.

Lexus-ES-facelift-mekanika (3)

Lexus Malaysia memperkenalkan Lexus  ES ke pasaran Malaysia buat pertama kalinya pada tahun 2013. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk menjadi model terlaris Lexus dengan 1,400 unit sudah terjual. Harus tahu juga bahawa ES merupakan model Lexus paling berjaya setakat ini.

Bagi memenuhi kehendak pasaran tempatan, Lexus Malaysia menawarkan tiga varian iaitu ES250 Premium, ES250 Luxury dan ES 300h. Harganya pula ialah RM260,000 (ES 250 Premium), RM278.600 (ES250 Luxury)  dan RM355,100 bagi ES 300h (termasuk GST, tanpa insurans).

Lexus-ES-facelift-mekanika (8)

Semua varian ini didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

ES250 Premium dan ES250 Luxury dikuasakan oleh enjin bersesaran 2.5 liter yang mampu menjana kuasa mencecah 181hp @ 6,000rpm dan tork maksimum 235Nm @4,100rpm.

Lexus-ES-facelift-mekanika (17)

Sementara model ES 300h pula dijana oleh sistem Lexus Hybrid Drive yang hadir bersama jaminan bateri hibrid selama lapan tahun.

Antara penambahbaikan yang ketara pada ES baharu ialah gril radiator dan lampu hadapan LED. Selain lebih banyak ciri keselamatan seperti Blind Spot Monitor dengan Rear Cross Traffic Alert.

Lexus-ES-facelift-mekanika (15)

Bahagian kabin juga telah dipertingkatkan demi menyerlahkan lagi elegan dan kualitinya. Kemasan kayu Birdseye Maple kini menjadi ciri standard untuk semua varian.

Tempahan Lexus ES sudah dibuka sejak Julai 2015. Sehingga kini, lebih 100 unit telah diterima dengan varian Lexus ES Luxury menjadi pilihan utama. Lexus Malaysia mensasarkan untuk menjual 750 unit Lexus ES menjelang akhir tahun ini.

Lexus-ES-facelift-mekanika (13)

“Sehingga Julai 2015, Lexus Malaysia telah berjaya menjual lebih 1,000 unit kenderaan. Angka itu meletakkan Lexus di tempat ketiga dalam segmen kenderaan mewah tempatan. Kami yakin dapat mencapai sasaran keseluruhan sebanyak 2,200 unit pada tahun ini,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Lexus ES baharu kini boleh didapati di rangkaian pengedar Lexus di seluruh negara.  Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari laman web: Lexus.com.my atau hubungi talian tol percuma 1800 88 53987.

GALERI

Lexus-ES-facelift-mekanika (1)Lexus-ES-facelift-mekanika (4)Lexus-ES-facelift-mekanika (5)Lexus-ES-facelift-mekanika (6)Lexus-ES-facelift-mekanika (10)Lexus-ES-facelift-mekanika (12)Lexus-ES-facelift-mekanika (14)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button