Buletin

HONDA BR-V 2022 DAPAT WARNA MERAH DAN KELABU METALIK BAHARU

Honda Malaysia mengumumkan dua warna baharu iaitu merah (Ignite Red Metallic) dan kelabu metalik (Meteoroid Gray Metallic) untuk model BR-V. Dua warna itu akan menggantikan warna merah mutiara dan kelabu (Modern Steel Metallic) yang ditawarkan sebelum ini. 

“Honda Malaysia telah pun memperkenalkan warna merah dan kelabu metalik ini pada model-model seperti City Hatchback, City dan Civic. Accord turut ditawarkan dengan warna kelabu metalik. 

“Warna-warna ini mendapat maklum balas yang baik daripada pasaran. Jadi, kami menawarkan warna ini ke atas model BR-V. Warna merah nyata menaikkan lagi tarikan dan gayaan berani BR-V. Manakala warna kelabu meningkatkan lagi gayanya yang rugged. 

“Kami yakin penawaran warna baharu ini akan terus mengujakan pelanggan yang ingin membeli BR-V,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura. 

Sejak dilancarkan pada Jun 2020, model facelift MPV tujuh tempat duduk itu telah terjual lebih 5,700 unit setakat April 2022. Prestasi jualan memberangsangkan ini dibantu oleh rekaan luaran dan dalaman yang nyata memenuhi keperluan pelanggan yang mahukan sebuah kenderaan tujuh tempat duduk dengan rekaan SUV, prestasi pemanduan mengujakan dan versatil. 

BR-V dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC berkuasa 120PS yang dipadankan dengan kotak gear CVT. Ciri paddle shift pada varian V meningkatkan lagi pengalaman memandunya. 

Pemilik BR-V juga kagum dengan keluasan ruang dalaman dan versatiliti yang membolehkan barangan besar diangkut dengan mudah. Pelbagai konfigurasi membolehkan pemandu memaksimumkan ruang kargo menerusi tempat duduk baris kedua dan ketiga yang boleh dilipat. 

Jentera itu juga didatangkan dengan pelbagai ciri tambahan seperti twitter, lampu pada ruang kargo dan penapis kabin. Bukan itu sahaja, varian V dilengkapi paparan audio bersaiz tujuh inci, selain tempat duduk dan tombol gear dibalut kulit bersama jahitan benang merah.  

Aspek keselesaan ditingkatkan menerusi sistem pendingin hawa automatik, kemasukan pintar dan butang penghidup enjin sebagai ciri standard pada semua varian. 

Maklumat lanjut mengenai BR-V, sila kunjungi mana-mana 102 pengedar sah Honda di seluruh negara atau hubungi talian 1-800-88-2020. 

Google ads
Back to top button