Buletin

PROGRAM PERINTIS GOEV TAWAR 25 EV NISSAN LEAF

GoCar, platform peneraju mobiliti sebagai perkhidmatan berasaskan kepada permintaan di Malaysia melancarkan program GoEV untuk menawarkan lebih banyak kenderaan elektrik (EV) kepada pengguna di Malaysia.

Dalam fasa perintis itu, program GoEV boleh didapati di Lembah Klang melibatkan 25 unit kenderaan elektrik (EV) Nissan Leaf generasi terkini yang boleh dikongsi dan dilanggan para pelanggan.

Buat masa kini, terdapat tiga zon perkongsian EV beroperasi di lokasi-lokasi strategik dan mudah di akses iaitu hab GoCar Malaysia Petaling Jaya, MyTown Cheras dan Avenue K di KL City Centre.

GoCar mensasarkan untuk menawarkan 10 lagi zon GoEV menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun, berkata masalah pemanasan global kini berada pada tahap kritikal dan kesan negatif perubahan cuaca akan terus berlaku untuk berdekad-dekad lamanya.

“Sebagai penyumbang utama kepada emisi gas rumah hijau, sektor pengangkutan perlu beralih kepada elektrifikasi sepenuhnya.

“Kajian menunjukkan bahawa penggunaan EV mampu mengurangkan emisi karbon dioksida ke atmosfera secara signifikan,” katanya.

Beliau memberitahu, dari segi peralihan dan infrastruktur EV, perjalanan Malaysia masih jauh.

Bagaimanapun, Wong Hoe Mun percaya menerusi perkongsian dan langganan kereta elektrik, GoCar boleh membantu menggalakkan peralihan secara besar-besaran.

“Kami sangat teruja untuk menawarkan akses EV yang lebih mampu milik kepada orang ramai.

“Dengan cara ini, semua orang dan bukan hanya segelintir sahaja boleh menikmati gaya hidup EV,” ujarnya. 

Program GoEV kini terbuka kepada semua pemandu berusia 18 tahun dan ke atas. Pengguna hanya perlu mendaftar sebagai ahli GoCar untuk memilih pelan GoEV Share atau GoEV Subs yang diingini.

Pilihan perkongsian yang ada buat masa sekarang hanya untuk perjalanan pergi balik (ambil dan pulangkan kereta di zon yang sama) dan penggunaan dalam jangka masa pendek – jam atau hari.

Kadar bermula serendah RM24.90 sejam atau RM249 sehari.

Sempena pelancaran GoEV, GoCar kin imenawarkan potongan sebanyak 25 peratus keatas semua perjalanan pergi balik GoEV Share yang ditempah sebelum 31 Januari 2022 dengan menggunakan kod promo “TRYGOEV”.

Mereka yang mahukan tempoh lebih lama untuk merasai pengalaman memandu sebuah EV boleh memilih langganan selama 36 bulan pada harga RM2,299 sebulan.

Kadar tersebut merangkumi cukai jalan, insurans, servis berkala dan satu kotak pengecas di rumah.

Bagi melegakan kebimbangan mengenai jarak perjalanan untuk pelanggan yang berkongsi kereta, GoCar akan menyediakan kad ChargEV secara percuma untuk setiap kenderaan.

Ia membolehkan pengguna mengakses hampir 300 stesen pengecasan di seluruh negara.

Stesen pengecasan dalamzon GoEV boleh digunakan secara percuma untuk semua ahli GoCar.

Manakala hab GoCar Malaysia Petaling Jaya terbuka untuk semua jenama atau model EV. 

Melalui aplikasi mudahalih GoCar, pengguna boleh mendaftarkan akaun, memuatkan dokumen-dokumen yang diperlukan, memeriksa kebolehdapatan kenderaan, membuat tempahan untuk perkongsian atau langganan kereta, membuat pembayaran sepatutnya, selain mengunci dan membuka kenderaan.

Yuran pra-tempahan tidakdiperlukan. Namun, pelanggan perlu membayar deposit sekuriti yang akandipulangkan kembali untuk memulakan pelan langganan.

Pelanggan digalakkan untuk mengamalkan etika perkongsian yang baik. Pelanggan yang berkongsi kereta GoEV perlu memastikan kabel pengecas disimpan dan kereta berada dalam keadaan bersih apabila dipulangkan. 

Bagi menempah program terbaharu GoEV, para pelanggan boleh muat turun aplikasi GoCar.

Untuk maklumat lanjut mengenai GoEV dan GoCar Malaysia boleh melayari laman web https://hi.gocar.my

Google ads
Back to top button