Buletin

PROTOTAIP FERRARI SF90 STRADALE JAHANAM DI JERMAN

Sebuah jentera prototaip Ferrari SF90 Stradale jahanam apabila terlibat dalam kemalangan berdekatan Hoffenheim, Jerman.

Melalui imej kemalangan, jentera terbabit bukan model produksi SF90 berikutan ruang dalaman mendapat sentuhan warna hitam dan putih.

Bahkan, bahagian kabin mendedahkan terdapat kelengkapan ujian dan paparan tambahan yang digunakan untuk memantau data jentera berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, pemandu jentera Ferrari itu terlanggar penghadang jalan pada bahagian sisi laluan tersebut.

Supercar hibrid yang menghentam penghadang jalan mengalami kerosalkan teruk pada bahagian luaran malah pek bateri didakwa turut terbakar ketika kemalangan.

Pasukan bomba bertindak pantas bergegas ke tempat kejadian dan berjaya memadam api pada kenderaan elektrik itu.

Model SF90 Stradale telah berada di pasaran sejak dua tahun lalu dan sukar menjangka apa yang dilakukan Ferrari terhadap prototaip berkenaan. – carscoops

Google ads
Back to top button