Buletin

PROMOSI ISTIMEWA VW MALAYSIA SEMPENA MERDEKA

Sempena sambutan hari kemerdekaan pada bulan ini, Volkswagen Malaysia menawarkan promosi Merdeka yang istimewa.

VW-Malaysia-Merdeka-promo-2016-mekanika

Mulai sekarang hingga 31 Ogos, para pelanggan layak menerima rebat tunai ke atas model-model Volkswagen yang terpilih. RM10,000 untuk Vento, RM4,000 buat Polo hatchback dan RM2,000 jika anda membeli sebuah Golf.

Bukan itu sahaja, Volkswagen Malaysia turut menawarkan tawaran menarik yang lain sepanjang Rumah Terbuka Merdeka yang dianjurkan pada dua hujung minggu iaitu 13-14 dan 27-28 Ogos 2016.

Volkswagen-Golf-facelift-2016-mekanika
Dalam tempoh itu, para pelanggan dijemput untuk memandu uji model-model Volkswagen dan menikmati pelbagai aktiviti buat seisi keluarga.

Mereka yang menempah kenderaan Volkswagen sepanjang tempoh tersebut layak untuk menyertai satu peraduan dan menang gajet menarik.Ā Maklumat lanjut, kunjungi bilik pameran Volkswagen terdekat atau layari laman web: www.volkswagen.com.my

Google ads
Back to top button