Modifikasi

NISSAN BLUEBIRD 910 BRE

Dunia sukan bermotor sebenarnya sudah bermula awal dulu. Seawal lepas Perang Dunia Kedua. Jepun yang bangkit dengan kepesatan teknologinya melahirkan banyak jentera moden berkuasa. 

Nissan-Bluebird-910-BRE-mekanika (1)

Ia turut menjelmakan golongan Bosozoku iaitu street racer yang kemudiannya jadi sasaran polis dan akhirnya cool down jadi Kanjo Racer.

Lama sebelum itu, waktu zaman Keiichi Tsuchiya masih muda, sebelum kedatangan AE86, kereta-kereta macam Celica, Skyline Hakosuka, Datsun 510 SSS adalah antara kereta yang kerap digunakan oleh golongan street racer ni.

Nissan-Bluebird-910-BRE-mekanika (7)

Penganjuran perlumbaan kereta juga berlangsung hebat di trek-trek seperti Suzuka dan Fuji. Di situlah bermulanya era perlumbaan teratur yang membabitkan pelbagai siri kejuaraan.

Lama sebelum Super Taikyu dan Japan GT, perlumbaan kelas bawahan melibatkan kereta-kereta biasa. Cage separuh dan enjin biasa-biasa. Selebihnya kemahiran dan rasa enjoy pelumba persendirian. Walaupun kecil dari segi skala perlumbaan, popularitinya bercambah melangkaui sempadan.

Nissan-Bluebird-910-BRE-mekanika (10)

Kereta Jepun menarik minat firma kecil yang dimiliki Peter Elbert Brock di California Utara. Beliau menubuhkan Brock Racing Enterprise atau lebih dikenali dengan nama BRE.

Kalau anda tengok tema kereta yang mereka buat juga cantik dengan garis oren/biru pada kereta putih. Kereta pilihan Brock ialah Fairlady S30 240Z sebelum beralih kepada 510. Brader Azrool dapat ilham Bluebird 910 daripada pasukan BRE tadi lah.

Nissan-Bluebird-910-BRE-mekanika (2)

Badan 910 ini diheret oleh sebuah enjin yang boleh diharap, SR20DET daripada Nissan Silvia S13. Azrool menjadikan kereta ini sebagai pemanduan harian. Jadi tak ada modifikasi melampau.

Melainkan beberapa benda kecil macam wastegate Turbosmart, blow-off SARD dan intercooler APEXi. Selebihnya, alat ganti asal Silvia termasuklah kotak gear manual lima kelajuan yang disatukan dengan gandar belakang asal 910.

Nissan-Bluebird-910-BRE-mekanika (9)

Satu benda yang agak sensitif tentang kereta FR ialah pemilihan rim yang memang susah nak terima corak moden. Tetapi rim replika Wedsport adalah antara contoh moden klasik yang sebenarnya mula popular di Jepun dan Amerika.

Saya pernah tengok sebuah 240Z guna rim TC105N yang pada mulanya nampak pelik. Tapi selepas dibuang arch flare, secara automatik kereta itu nampak lain daripada kebiasaan.

Nissan-Bluebird-910-BRE-mekanika (13)

Rim itu dibalut oleh tayar 195/60r15 Bridgestone. Brek ialah set asal yang datang dengan half-cut S13. Sebelum dipasang, semua hos laluan di bleed dulu, cakeranya di ratakan dan dipasang.

Bahagian dalaman kereta ini patut dipasang dengan 6 point roll cage, baru nampak serasi dengan tema BRE. Dalamannya terdapat sepasang kerusi Mazda Interplay semi bucket, stereng deep dish dan papan pemuka acah-acah racing kena berlubang sana sini.

Nissan-Bluebird-910-BRE-mekanika (3)

Bahagian luar macam yang saya cakap tadi, tema pasukan BRE Datsun yang popular masa zaman P Ramlee dulu. Sekarang musim orang nak mekap kereta bagi nampak lain. Fully restore/rebuild ramai yang buat, modern klasik, klasik racing dan macam-macam lagilah. Kalau tengok kereta Jepun olskool, harganya makin hari makin mencarut.

Korang tahu harga sebuah Toyota Celica TA22 sekarang full restored boleh beli Myvi baru cash? Berapa harga 240Z sekarang dah masuk 6 digit? Hmmmm…. nanti tengok lah sampai masa nanti kereta-kereta Jepun sama standard mahalnya dengan kereta muscle Amerika!

Google ads
Back to top button