Motosikal

BOON SIEW PERKENAL SIRI HONDA CB500 2016!

Diam-diam sahaja, Boon Siew Honda telah pun memperkenalkan siri model Honda CB500 yang terkini.

Model CBR500R, CB500F dan CB500X tahun 2016 itu dijana oleh enjin DOHC dengan sistem penyejukan cecair dwi selari bersesaran 471cc. enjin itu mampu menghasilkan kuasa mencecah 37KW @ 8,500rpm dan tork maksimum 44Nm @ 7,000rpm.

Sementara gerek dan lejang model baharu kini bersaiz 67mm x 66.8mm. Kapasiti tangki juga telah dipertingkatkan. Sebanyak 15.7 liter untuk CBR500R dan CB500R, serta 17.5 liter bagi CB500X.

Semua model ini tampil lebih menarik apabila ia dilengkapi lampu utama dan belakang jenis LED. Aspek keselamatan telah dipertingkatkan menerusi penggunaan sistem kunci “wave key”.

Ciri-ciri baru yang lain termasuklah penyerap hentak dan brek hadapan boleh laras. . Peredam ekzos rekaan baru nyata membuatkan penampilan CBR500R dan CB500F lebih sporty.

CBR500R didatangkan dalam warna merah, hitam dan Trico. CB500F (berwarna putih), manakala CB500X berwarna merah, hitam dan putih

Harga yang ditawarkan (termasuk GST) ialah RM31,681 (CBR500R), RM31,363 (CB500F), RM31,893 (CB500X) dan RM35,391 bagi CB500XA (ABS).

Ia juga hadir bersama jaminan kilang selama dua tahun atau jarak perjalanan sejauh 20,000km.

Tags
Google ads
Back to top button