Buletin

PROTON AKAN KEMBALI KE KEJOHANAN RALI DUNIA 2018 DENGAN IRIZ R5

Proton bakal kembali ke Perlumbaan Rali Dunia (WRC) tahun depan menerusi model Iriz R5 yang dibina oleh firma British MEM (Mellor Elliots Motorsport) seperti yang dilaporkan oleh laman web autosport semalam.

Proton Iriz kini dalam proses pembinaan di fasiliti MEM di Derbyshire dan dijangka akan membuat penampilan sulungnya pada karnival sukan motor tahunan antara yang terbesar di UK – Goodwood Festival of Speed.

Untuk rekod, firma yang dimiliki Chris Mellor ini merupakan individu di belakang projek rali Proton Satria S2000 yang berjaya menamatkan kedudukan podium dalam Kejohanan Rali Antara Benua (Intercontinental Rally Challenge). Kereta ini juga pernah memenangi WRC dalam kelas Super 2000 dan juga pemenang di siri Asia Pasifik.

BACA: PROTON PUTRA WRC, PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

“Pertama kali merlihat kereta ini tahun lepas, kami tertarik dengan saiznya yang sempurna untuk sukan rali,” ujar Mellor

“Kereta ini kelihatan bagus, saiz badannya yang lebih pendek dari Satria Neo tetapi dengan titik roda lebih panjang, dimensi suspensi atas serta ruang bahagian hadapan yang besar memberi kelebihan sejukan enjin.

“Kami ada calon kereta yang bagus dan kami perlu resepi yang betul. Kami akan gunakan enjin Mitsubishi Lancer Evo X, turunkan kapasitinya menjadi 1600cc dan bina ia supaya lebih tahan lasak.”

“Selain enjin, ia akan dipasangkan dengan transmisi Xtrax, suspensi Reiger, brek Brembo dan sistem elektronik dari Cosworth. Kami yakin dengan komponen ini, Iriz R5 akan lebih berdaya saing dalam perlumbaan WRC tahun 2018,” ujar Mellor lagi.

Rancangan utama MEM ialah menyertai kedua-dua perlumbaan WRC2 dan APRC dengan kereta baru. Projek S2000 bersama Proton berakhir dua tahun lepas apabila produksi Neo ditamatkan.

“Proton tidak pernah hilang minat untuk bertarung dalam sukan rali. Sebenarnya, tiada kereta yang sesuai tetapi kini, Proton juga menunjukkan sokongan dan teruja dengan apa yang kami lakukan.

“Masih banyak yang perlu dilakukan. Proses ujian dan pembangunan masih berjalan dan kami tak sabar untuk pamerkannya di Festival of Speed.”

Proton Iriz R5 yang akan yang dibina bagi kedua-dua set pemanduan kiri dan kanan akan dijadualkan bersedia untuk homolagasi pada 1 Januari 2018 nanti.

sumber autosport

 

Google ads
Back to top button