
PROTON BANTU MANGSA BANJIR
Proton semalam mengumumkan program bantuan dikenali sebagai PROTON We-Care Prihatin Banjir ke seluruh negara bagi membantu mangsa banjir yang kereta Proton mereka rosak akibat banjir. Program tersebut bermula sekarang sehingga 15 Februari 2014.
Program itu menawarkan pemeriksaan dan penilaian kerosakan secara percuma, di samping diskaun sebanyak 20 peratus atas pembelian alat ganti tulen Proton. Anda bagaimanapun perlu menyertakan satu laporan polis berkaitan kereta yang rosak sebelum ia boleh diperiksa.
“Ini adalah salah satu cara kami harap dapat membantu mangsa banjir dalam masa yang sukar ini,” kata Ketua Pegawai Operasi (Komersial) Proton, Hisham Othman.
Untuk perkhidmatan menunda dan pertanyaan berkaitan, sila hubungi Pusat PROTON We-Care di talian 1800-888-398 (bantuan 24 jam).
Tip-tip menguruskan kereta yang terjejas akibat banjir:
- Jangan hidupkan enjin kereta anda
- Jangan buka kereta dari jauh. Sebaliknya, buka pintu kereta secara manual.
- Alihankan terminal negatif pada bateri kereta untuk memberhentikan aliran elektrik di dalam kereta.
Ketiga-tiga langkah di atas bertujuan mengurangkan kerosokan peralatan, terutama komponen elektrikal dan mekanikal kereta. Selepas memadamkan semua aliran elektrik kenderaan, keluarkan barangan berharga, kunci pintu secara manual dan tunda kereta ke pusat servis Proton yang sah.












