Buletin

PROTON COMMERCE CATAT JUMLAH PENGELUARAN PINJAMAN TERTINGGI PADA 2023

Pengeluar kereta nasional PROTON, dan entiti gabungannya, mengalami pengembangan lima tahun berturut-turut, jualan terkumpul melonjak kepada 154,611 unit, menandakan angka jualan tertinggi Syarikat sejak 2012.

Lonjakan tersebut membolehkan ia mengekalkan kedudukannya sebagai jenama kedua tertinggi dalam industri automotif negara.

Sejajar dengan itu, Proton Commerce Sdn Bhd (Proton Commerce), cabang pembiayaan PROTON, mendapat manfaat daripada pertumbuhan dalam jualan dan mencapai jumlah pengeluaran pinjaman yang tertinggi.

Proton Commerce mengeluarkan sejumlah 27,288 pinjaman kepada pembeli kereta PROTON sepanjang tahun 2023, sekali gus merekodkan jumlah pengeluaran tertinggi sejak penubuhannya.

Landskap perniagaan pembiayaan PROTON, pegangan pasaran tahunan telah menunjukkan trajektori menaik yang stabil, secara beransur-ansur meningkat daripada sembilan peratus pada 2018 kepada 18 peratus menjelang akhir tahun 2023.

“Ia menandakan pegangan pasaran tertinggi yang telah kami capai setakat ini, di mana dalam bulan Januari dan Mac 2023, kedudukan pasaran patut diberi perhatian apabila ia meletakkan kami sebagai entiti kedua terbesar dari segi pegangan pasaran dalam tempoh ini.

“Satu pencapaian terunggul untuk Proton Commerce pada tahun lalu adalah memperoleh statusnya sebagai pembiaya utama untuk Proton Saga, model terlaris dalam barisan kenderaan PROTON,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Commerce, Mooi Fi Phang.

Sejak suku keempat tahun 2021, cabang pembiayaan PROTON itu secara konsisten memegang kedudukan teratas untuk model itu, dan pada tahun 2023, 61 peratus daripada jumlah pengeluaran pinjaman adalah untuk Proton Saga.

Memandangkan 2024 menandakan ulang tahun ke-20 Proton Commerce, syarikat telah menyediakan pelan strategik untuk meningkatkan perniagaannya ke tahap lebih tinggi dengan memanfaatkan populariti berterusan bagi rangkaian model PROTON sedia ada.

Sehubungan itu, Proton Commerce berhasrat untuk naik ke kedudukan pembiaya PROTON terulung di samping menjamin kadar faedah yang ditawarkan pada masa kelulusan.

“Di samping menjaminkan kadar faedah yang ditawarkan pada masa kelulusan, kami juga akan menawarkan pakej kewangan yang kompetitif untuk model terbaharu Proton seperti X90 dan S70 serta smart #1.

“Dengan pembiayaan kadar tetap kami, pelanggan boleh yakin dengan pembayaran bulanan yang konsisten, memberikan kemudahan kepada mereka dan memudahkan pengurusan bajet,” tambahnya.

Google ads
Back to top button