SUBARU FORESTER GT EDITION DILANCAR. LEBIH SPORTY. RM177,788 SEUNIT
TC Subaru Sdn. Bhd. baru-baru ini melancarkan Subaru Forester GT Edition.
Menjadi model GT Edition kedua di Malaysia selepas XV GT Edition, ia dibina hasil kerjasama dengan syarikat kejuruteraan terkenal iaitu Giken Co. Ltd dan Masahiko “Jack” Kobayashi.
SUV baharu yang dilengkapi sistem keselamatan EyeSight ini boleh dimiliki pada harga RM177,788 seunit.
Kobayashi merupakan bekas Ketua Reka Bentuk di Subaru Corporation dan bertanggungawab ke atas rekaan luara lebih 12 model produksi Subaru, termasuklah jentera lagenda WRX STI.
Aero kit GT Edition terdiri daripada empat komponen utama yang memberikan imej rugged dan sporty:
- Lip pada bampar hadapan
- Skirting sisi
- Spoiler bumbung
- Lip bampar belakang
Penampilan jentera itu disempurnakan lagi dengan rim aloi bersaiz 18 inci. Ruang kabin diserlahkan dengan reka bentuk kulit pada tempat duduk. Di samping sistem paparan audio bersaiz 8 inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Tidak ketinggalan sistem monitor 360 darjah yang memudahkan pemandu untuk memarkir dan bergerak di ruang sempit.
Dihasilkan khas dengan kehendak pasaran, Forester GT Edition dijangka menjadi pencetus kepada model Subaru di Malaysia.
Seperti dijangka, Forester GT Edition didatangkan dengan empat teknologi utama Subaru iaitu sistem pacuan empat roda symmetrical, enjin Boxer, platform global Subaru dan teknologi bantuan pemandu EyeSight.
Subaru Forester GT Edition ditawarkan dalam tujuh warna menarik iaitu putih mutiara, perak metalik, hijau, biru, tembaga, kelabu dan hitam.
- BACA: PADA 2010 SUBARU IMPREZA WRX STI SPEC C DIPERKENAL DI JEPUN
- BACA: SAHAM JATUH, NILAI NISSAN KINI LEBIH RENDAH BERBANDING SUBARU
- BACA: ENJIN SUBARU TAMBAH AIR, LAGI POWER.
- BACA: #IKLANPILIHAN: SUBARU IMPREZA V9, MERECIK, HARGA PUN MENARIK!!!
GALERI