Buletin

PROTON PERSONA CATAT TEMPAHAN TERKINI 7,000 UNIT

Sejak dilancarkan pada 23 Ogos yang lalu, Proton Persona mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Ia menepati sasaran awal pihak Proton terhadap model ini dengan jangkaan jualan sebanyak 3,000 hingga 4,000 unit sebulan.

Seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA pada majlis Penghargaan bagi Pemenang Pingat Olimpik Malaysia beberapa hari lepas, Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed A.R. Albar memaklumkan mereka sudah mendapat tempahan sebanyak 7,000 unit model terbaru tersebut.

persona

Beliau yakin dengan pakej keseluruhan sedan segmen B tersebut, Persona mampu mengekalkan momentum jualannya pada bulan-bulan akan datang. Apatah lagi dengan tawaran penyelenggaraan percuma selama 3 tahun yang pastinya mampu menarik minat pembeli yang mementingkan kos milikan yang efisyen.

Proton Persona 2016 mengekalkan format yang sama seperti Persona 2007 apabila mengguna semula platform model tersedia. jika dahulu ubahsuai dari Gen.2, kali ini dari Iriz. Nampak seperti kerja mudah namun hakikatnya banyak perubahan yang dilakukan di mana Persona disesuaikan untuk kegunaan yang lebih versatil dan setara sebagai sebuah kereta keluarga.

Dari segi susunan varian pula, Persona ringkas ditawarkan melalui 3+1 varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Premium Bodykit. Untuk harga, ia dijual dari RM47,000 hingga RM59,000. Anda boleh menyemak perincian setiap varian menerusi pautan ini.

Google ads
Back to top button