Buletin

PENGECAS LOTUS BOLEH TAMBAH JARAK 142 KM DALAM 5 MINIT!

Penambahan jualan kenderaan elektrik (EV) juga memerlukan jumlah pengecas yang berpadanan. Satu daripada syarat yang dikenakan Kerajaan kepada Tesla ialah untuk menyediakan pengecas EV.

Sebahagian daripada pengecas itu mesti juga boleh digunakan EV dari jenama lain.

Tesla mempunyai beberapa jenis pengecas dan di antara yang paling berkuasa ialah Tesla Supercharger V3 dengan kuasa maksimum 250 kilowatt (kW).

Model 3 misalnya hanya perlu 15 minit pengecasan untuk menambah jarak sehingga 282 kilometer (km).

Perkembangan EV di dalam negara juga cukup baik dengan kehadiran model Asia dan Eropah termasuk model berprestasi Lotus Eletre.

Sama seperti pengeluar lain, Lotus mempunyai pengecas sendiri dan barulah seragam dengan Eletre atau Emeya dan ditambah pula berwarna kuning.

Set pengecas Lotus terdiri daripada pengecas ultra pantas DC 450 kW, kabinet kuasa dan unit modular yang boleh mengecas empat EV sekaligus.

Berikut ciri-ciri pengecas Lotus:

Pengecas DC Semua dalam Satu Penyejukan Cecair

  • Kuasa pengecasan ultra pantas sehingga 450 kW
  • Hanya sekitar lima minit diperlukan untuk mengecas Lotus Eletre R bagi mendapatkan jarak 142 km
  • Penambahan tenaga daripada 10 sehingga 80 peratus dalam tempoh 20 minit
  • Penambahan jarak 120 km dalam tempoh 5 minit menggunakan pengecas pantas 350 kW

Kabinet Kuasa Penyejukan Cecair

  • Kabinet kuasa jenis modular yang sesuai untuk lokasi yang memerlukan tenaga tinggi bagi meningkatkan kecekapan dan meminimumkan masa pengecasan seperti hentian lebuh raya.
  • Keupayaan kuasa sehingga 480 kW

Unit Pengecas Penyejukan Cecair

  • Bersama Kabinet Kuasa Penyejukan Cecair, empat EV boleh dicas secara serentak
  • Mempunyai output aliran maksimum 600 Amp dan berupaya memenuhi keperluan EV lain

Lotus menggunakan teknologi penyejukan cecair supaya pengguna EV dapat mengecas dengan lebih mudah dan pantas.

Penyelesaian pengecasan pantas Lotus telah pun digunakan di China dan akan dikembangkan ke majoriti negara Eropah dan Timur Tengah pada suku kedua 2024 sebelum menyusul di Jerman dan Austria.

Lotus sudah menjejakkan kedua belah kaki di dalam kelompok EV dengan melancarkan Eletre pada 2022 dan pelanggan sudah mula menerima tempahan mereka pada tahun ini.

Grand Tourer (GT) Emeya pula dilancar pada awal September 2023. Kedua-dua model tampil canggih dengan teknologi pintar dan membawa Lotus ke era baharu.

Berkenaan prestasi perniagaan, Lotus memaklumkan tempahan untuk Emira dan Eletre sudah pun melebihi 19,000 unit dan satu jumlah yang cukup tinggi dalam sejarah.

BACA: BASIKAL HOPE-LOTUS UNTUK OLIMPIK 2024 DIPERKENAL, EVOLUSI BASIKAL EMAS OLIMPIK 2020

BACA: LOTUS EMIRA GT4, 3.5L V6 2GR-FE, 455 BHP 500NM, LEBIH RM1 JUTA!

BACA: PADA 2004 VAUXHALL VXR220 DIPERKENAL, ‘SEPUPU’ LOTUS ELISE 

Google ads
Back to top button