Artikel PilihanMotosikal

MOTOGP: ADAKAH PAKEJ AERO JENTERA RC213V MARQUEZ DAN CRUTCHLOW SAMA?

Marc Marquez telah menggunakan kesempatan selepas perlumbaan lepas untuk melakukan beberapa sesi ujian pelbagai pakej aerodinamik khususnya untuk fairing jentera RC213V beliau. Bukan itu sahaja, Marquez juga mendakwa yang jentera Cal Crutchlow juga menggunakan pakej yang sama seperti beliau.

Selepas mencatatkan kemenangan di hadapan penonton laman sendiri dan menetapkan sasaran seterusnya di Le Mans, Marquez telah menguji pelbagai komponen aerodinamik selepas perlumbaan.

Marquez kemudian memberi reaksi kepada komen Crutchlow sebelumnya yang menyatakan lengan ayun karbon banyak memberi kesan kepada perlumbaan tempoh hari. Marquez turut menyatakan yang jentera RC213V 2018 mereka merupakan jentera dengan spesifikasi yang sama tanpa apa-apa perbezaan.

Set up bukannya keutamaan dalam sesi ujian kali ini tetapi lebih kepada aerodinamik dan kesannya terhadap pecutan keras dan brek yang maksima. Banyak komponen yang diubahsuai dan sekurang-kurangnya tiga jenis fairing diuji. Semua ahli pasukan bekerja keras untuk mengatasi masalah yang timbul.

Tidak cukup dengan satu litar, mereka juga perlu mengujinya di litar yang lain. Berita baiknya pula ialah ia memberikan hasil yang positif kepada jentera mereka. Masa semakin suntuk kerana mereka cuma berpeluang untuk membangunkan satu sahaja lagi fairing untuk jentera mereka.

Tiada jaminan yang fairing baru akan siap sebelum perlumbaan di Le Mans tetapi pakej aero yang baik adalah cukup penting di Le Mans kerana masalah wheelie masih lagi berlaku.

Pasukan Repsol Honda kini berada di Itali untuk bersama-sama dengan pasukan factory Ducati, Suzuki dan Aprilia untuk ujian seterusnya. Ditanya mengenai hasil ujian nanti, Marquez mengatakan yang mereka akan menguji dengan cara yang berbeza.

BACA: MOTOGP LE MANS:  MARC MARQUEZ TERPANTAS DI LATIHAN BEBAS FP1. GUNA WINGLET BARU.

Mula-mula mereka akan menguji set up motosikal agar bersesuaian dengan perlumbaan hujung minggu kelak dan kemudian sudah tentu mereka akan menguji pakej aerodinamik mereka sekali lagi. Adakah ia akan berhasil di litar lain sama seperti litar Jerez.

Marquez menyatakan yang enjin 2018 ini memang merupakan yang terbaik untuk penunggang berpengalaman seperti beliau sendiri, Pedrosa dan Crotchlow tapi sayangnya pembangunan casis tidak sehebat bahagian enjin.

Beliau menyambung yang terdapat beberapa penambahbaikan di bahagian casis dan berharap ia bakal direalisasikan secepat mungkin.

Ditanya mengenai perbezaan motosikal antara beliau dan Crutchlow, Marquez menyatakan yang tidak banyak perbezaan antara kedua mereka walaupun salah seorang menggunakan lengan ayun karbon dalam perlumbaan lepas walaupun satu jentera factory dan satu lagi jentera satelit.

Cructhlow mempunyai motosikal yang sama dengan Marquez walaupun ianya jentera satelit. Bahkan menurut Marquez kadang kala Crutchlow mendapat komponen baru lebih awal dari beliau kerana mereka melakukan ujian lebih awal.

Google ads
Back to top button