
PROTON TERIMA TEMPAHAN 6,000 UNIT X90 – VARIAN FLAGSHIP PILIHAN POPULAR
Sejak dilancarkan pada Mei lalu, Proton X90 kini sudah mencapai tempahan sebanyak 6,000 unit, menyaksikan warna biru (marine blue) menjadi pilihan popular di kalangan pelanggan.
Untuk rekod, Proton kini telah menyerahkan sekitar 1,800 unit X90 kepada pelanggan.
X90 ditawarkan dalam empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship dan mempunyai panjang 4,825mm, 1,900mm lebar, 1,785 mm tinggi dengan jarak roda 2,815mm.

Menurut laporan, tempahan tertinggi diterima adalah varian flagship, sebanyak 44 peratus, diikuti varian Premium (37 peratus).
Antara ciri yang membezakan varian itu ialah Flagship hadir dengan susun atur enam tempat duduk (2+2+2) bersama dua captain seats, manakala tiga varian lain tujuh tempat duduk (2+3+2).
Semua varian X90 dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo tiga silinder dengan sistem hibrid ringan 48 volt Belt Starter Generator (BSG).
Enjin berkenaan berupaya menghasilkan kuasa 188hp dan 300Nm serta dipadankan dengan kotak gear automatik klac berkembar 7 kelajuan.
Gabungan enjin dan sistem mild hybrid itu menawarkan pecutan dari titik pegun 10 peratus lebih baik, 15 peratus lebih responsif ketika memotong dan 13 peratus lebih rendah emisi.
Aspek pengendalian pula dipertingkatkan menerusi penggunaan suspensi jenis Multi-Link pada roda belakang.
Harga X90 adalah seperti berikut:
- Proton X90 Standard – RM123,800
- Proton X90 Executive – RM130,800
- Proton X90 Premium – RM144,800
- Proton X90 Flagship. – RM152,800
Tambahan, Proton turut mempertingkatkan pengeluaran X90 berwarna biru (marine blue) sehingga 50 peratus, sekali gus membolehkan tempoh menunggu dipendekkan berbanding sebelum ini.
- BACA: PROTON X90 SKOR 5 BINTANG UJIAN PERLANGGARAN ASEAN NCAP
- BACA: PROTON X90 RASMI DILANCARKAN. 4 VARIAN, 6 & 7 TEMPAT DUDUK, 188HP/300NM, 6 PILIHAN WARNA, BERMULA RM123,800
- BACA: PROTON X90 FLAGSHIP, 1.5 TGDI 188 KUASA KUDA & 300NM TORK
- BACA: APA MAKSUD KENDERAAN TENAGA BARU & BELT STATOR GENERATOR PADA PROTON X90?







