Buletin

PROTOTAIP HONDA JAZZ EROPAH

Honda mendedahkan imej-imej prototaip Jazz baru yang akan melakukan debut dalam acara Mondial de l‘Automobile 2014 (Paris Motor Show 2014)  di Paris, Oktober depan.

prototaip-honda-jazz-eropah (1)

Prototaip itu menampilkan badan serba baharu, dengan reka bentuk moden dan kemas. Dimensinya luaran dan tapak rodanya juga 15mm dan 30mm lebih panjang bagi menawarkan ruang kabin lebih luas.

Dijangka mula dijual di pasaran eropah pada musim panas 2015, model kompak ini akan dikuasakan oleh unit enjin petrol bersesaran 1.3 liter i-VTEC yang diambil daripada keluarga enjin Earth Dreams Technology Honda. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan atau CVT.

Selain daripada itu, model prototaip ini mengekalkan ciri yang ada pada model Jazz yang dijual di sini. Antaranya ialah rekaan tangki minyak pada bahagian tengah badan kenderaan dan ultra seat.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button