Buletin

VOLVO XC90 SERBA BAHARU

Selepas mengambil masa selama tiga tahun dan berbilion-bilion dolar untuk dibangunkan, Volvo akhirnya memperkenalkan SUV terbaharunya, Volvo XC90.

Volvo-XC90-mekanika (4)

XC90 dilihat penting buat Volvo kerana ia dilihat sebagai cerminan kepada hala tuju Volvo dari segi reka bentuk, aplikasi teknologi terkini dan penggunaan struktur Scalable Product Architecture (SPA).

“Ini adalah detik penting dalam sejarah kami. Ia bukan sekadar pelancaran kereta baharu, tetapi menjadi pelancaran semula jenama kami. Hari ini adalah permulaan baru bagi syarikat kami. XC90 membuka jalan untuk memperkenalkan portfolio kereta yang menarik untuk masa yang akan datang,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Ekskutif Volvo Car Group, Håkan Samuelsson.

Volvo-XC90-mekanika (5)

XC90 baharu juga melambangkan hari paling penting dalam sejarah Volvo yang kini telah menginjak usia 87 tahun.

XC90 adalah bukti kukuh tentang keberkesanan strategi Volvo-by-Volvo. Gabungan elemen kemewahan, ruang luas, versatiliti, kecekapan dan ciri-ciri keselamatan pada XC90 telah membawa segmen SUV ke satu dimensi baharu. Sama seperti apa yang  dicapai oleh generasi pertama XC90 pada tahun 2002.

Volvo-XC90-mekanika (3)

“SPA membolehkan kami membina SUV pertama dunia yang tiada batasannya. Pemanduan yang terkawal dan ruang dalaman luas dipadankan dengan kelincahan serta keselesaan sebuah kereta.

“Keseronokan memandu XC90 ditingkatkan menerusi penggunan siri enjin baharu yang menawarkan kombinasi kuasa dan mesra alam. XC90 juga membawa jenama Volvo yang sinonim dengan piawaian keselamatan terbaik di dunia,” kata Naib Presiden Kanan Penyelidikan dan Pembangunan Volvo Car Group, Dr Peter Mertens.

SONY DSC

Pentingnya aspek keselamatan dan kecanggihan teknologi yang ditawarkan oleh XC90 membuatkan pihak Volvo Car Malaysia membawa Ketua Fungsi dan Atribut Bahagian Keselamatan, Volvo Cars Corporation, Stephan Ryrberg ke Malaysia untuk memberi satu taklimat khas kepada sekumpulan wartawan baru-baru ini.

Sesi lebih satu jam itu membincangkan mengenai hala tuju dan perkembangan teknologi keselamatan yang dibangunkan oleh Volvo. Ia nyata selari dengan matlamat Volvo untuk mencapai sifar kematian atau kecederaan serius dalam kenderaan baharunya menjelang tahun 2020.

Volvo-XC90-mekanika (10)

Untuk XC90, terdapat dua teknologi keselamatan yang baru dan tercanggih digunakan iaitu Run-off Road Protection dan Auto Brake at Intersection. Secara ringkasnya, ciri Run-off Road Protection berfungsi memberi perlindungan kepada pemandu sekiranya kenderaan terbabas daripada jalan raya dan merempuh pokok atau semak.

Jika keadaan ini berlaku, teknologi tersebut akan mengetatkan tali pinggang keledar bagi memastikan pemandu atau penumpang tidak terhumban keluar dari kenderaan.  Bagi mengelak daripada berlakunya kecederaan tulang belakang, alat penyerap tenaga di antara tempat duduk dan kerangka kerusi pula akan memperlahankan momentum tolakan sekiranya XC90 terhempas dengan kuat.

Volvo-XC90-mekanika (15)

Harus tahu bahawa XC90 ialah kenderaan pertama di dunia yang menggunakan ciri brek automatik. Jadi, ciri Auto Brake at Intersection berfungsi membrek kenderaan secara automatik sekiranya bahaya dikesan oleh sensor khas.

Teknologi pengesanan menggunakan kamera yang mengesan pejalan kaki atau penunggang basikal memboleh kenderaan dan pemandu sentiasa peka dengan pergerakan mereka. Terutama jika pemandu gagal memberi maklum balas sewajarnya.

SONY DSC

Dalam perkembangan sama, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Keith Schafer (tengah) memberitahu XC90 bakal menjengah pasaran tempatan sekitar awal tahun depan. Namun, SUV itu akan dibawa masuk dalam bentuk import sepenuhnya (CBU), sebelum model pemasangan tempatan (CKD) ditawarkan pada tahun 2016.

Volvo-XC90-mekanika (6)

Schafer juga tidak menolak kemungkinan akan menawarkan varian XC90 yang lebih canggih dan berkuasa iaitu XC90 T8 plug-in Hybrid pada masa depan.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button