Buletin

PROTOTAIP PERTAMA FERRARI 275 GTB/4 BAKAL DILELONG PADA HARGA BERMULA RM11.2 JUTA 

Sebuah prototaip pertama Ferrari 275 GTB/4 dijangka dilelong pada harga di antara £2 juta (RM11.2 juta) hingga £2.5 juta (RM14 juta) dalam satu acara lelongan Coys di London, 18 Mei depan. Ia merupakan model 275 GTB/4 yang pertama dihasilkan pada tahun 1966 dan digunakan untuk dipamerkan kepada dunia dalam acara Paris Motor show 1966.

“Model 4-cam ini sentiasa diiktiraf sebagai jentera 12 silinder paling cantik dihasilkan oleh Maranello. Lebih mengujakan, kami membawakan sebuah prototaip kilang Chassis No 1 ke pasaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Coys, Chris Routledge.

Ketika mula-mula diperkenalkan, Ferrari 275 GTB/4 menerima pujian dari seluruh dunia kerana reka bentuknya dan seterusnya membantu mencipta zaman kegemilangan Ferrari. Ia kemudian dibawa ke Amerika Syarikat oleh pemilik barunya, Gordon Walker dari Illinois sehingga tahun 1983 sebelum dijual kepada Ferrari South USA.

BACA: LELAKI INI PANDU FERRARI SETIAP HARI DI BANDAR PALING SESAK – BANGKOK

Pada lewat tahun 1980-an, jentera tersebut menjadi antara koleksi hartawan Switzerland, Albert Obrist yang dikatakan mempunyai koleksi Ferrari paling komprehensif di dunia. Beberapa tahun kemudian, kereta itu sekali lagi bertukar tangan kepada pemilik baru di  England.

“Ia sememangnya sebuah jentera gran turismo yang selesa dan sangat laju. Maklum balas enjin dan kualiti pengendalian membuatkan 275 GTB/4 sebagai salah sebuah kereta terbaik pernah dihasilkan pada era tersebut,” kata pelumba dan wartawan l’Auto Journal, Jean Pierre Beltoise.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button