Buletin

PUSAT 3S CHEVROLET DIBUKA DI PULAU PINANG

Awal Januari lalu, pengedar kenderaan jenama Chevrolet di Malaysia, Naza Quest Sdn. Bhd. (Naza Quest) secara rasminya membuka outlet kedua Chevrolet di Pulau Pinang. Penambahan itu menjadikan rangkaian pengedar Chevrolet kini menjadi 27 semuanya.

Chevrolet Butterworth Opening (1)

“Kami mengalu-alukan kedatangan tahun 2014 dengan tangan terbuka dan bersedia untuk membawa lebih nilai kepada pemilik kenderaan Chevrolet. Di samping menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik di seluruh negara,” kata Ketua Pegawai Operasi Naza Quest, Norzahid Mohd Zahudi.

Premis seluas 5,000 kaki persegi itu melibatkan pelaburan sebanyak RM3 juta oleh syarikat Ooi Ting Chong Sdn. Bhd. Terletak di Taman Bintang di bandar Butterworth, pusat 3S tersebut akan memenuhi keperluan pelanggan Chevrolet di Pulau Pinang dan Kedah.

Ia mempunyai empat ruang servis dan satu bilik pameran yang mempamerkan model-model seperti Captiva, Cruze, Colorado, Sonic dan Orlando. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button