Motosikal

YAMAHA MT-09 VERSI SCRAMBLER

Sepanjang minggu ini, portal automotif pasti hangat melaporkan model-model roda dua baharu yang bakal dipasarkan tahun hadapan mahu pun model prototaip masa hadapan.  

Yamaha-XSR900-2016-MEKANIKA (6)

Ada pengeluar sudah mengumumkan model yang bakal dipamerkan pada EICMA 2015, Milan. Tidak ketinggalan ialah Yamaha XSR900 Scrambler. Model itu dibina berasaskan kepada Yamaha MT-09.

Pada model berkenaan, dapat dilihat Yamaha memaksimumkan DNA Sport Heritage selepas kehadiran XSR700. Model yang menggunakan platform MT-07 itu diterima baik oleh penggila motor sports seluruh pelusuk dunia.

Yamaha-XSR900-2016-MEKANIKA (12)

Yamaha XSR900 dijana enjin bersesaran 847cc DOHC, 3-silinder, 4-lejang, penyejuk cecair. Scrambler itu mampu menghasilkan kuasa 115PS @ 10,000rpm dan tork setinggi 87.5Nm @ 8, 500rpm.

Penghantaran kuasa yang lancar ke roda dibantu oleh transmisi 6-kelajuan.

Yamaha-XSR900-2016-MEKANIKA (13)

Mewakili keluarga besar Siri  ‘XS’,  XSR900 diserlahkan menerusi penggunaan hendal lebar, swingarm lebih besar, elemen aluminium pada badan, pelana berlekuk, pengcahayaan kustom dan panel peralatan dengan perincian klasik.

Rekaan yang dihasilkan oleh Yamaha ini menjadikan ia kekal relevan pada masa akan datang.

Yamaha-XSR900-2016-MEKANIKA (14)

Bagi memudahkan pengendalian, jentera itu dilengkapi pelana dengan ketinggian 830mm. Untuk perjalanan jauh yang lebih selamat, XSR900 dibekalkan dengan brek ABS dan Traction Control System.

Yamaha mendakwa bahawa suspensi XSR900 telah ditala khusus untuk disesuaikan dengan badan dan enjin XSR900.

Yamaha-XSR900-2016-MEKANIKA (8)

Pada laman web rasmi Yamaha UK, sudahpun mendedahkan perincian tentang XSR900. Difahamkan model berkenaan bakal berada di pasaran Eropah pertengahan tahun hadapan.

Tiga pilihan warna diberikan iaitu kelabu matte, 60th Anniversary (kuning) dan Rock Slate (biru).

Yamaha-XSR900-2016-MEKANIKA (4)

Yamaha dijangka mengumumkan harga XSR900 pada pertengahan Februari tahun depan.

Yamaha-XSR900-2016-MEKANIKA (5)

SPESIFIKASI

Enjin:    3-silinder, 4-injap, penyejuk cecair, DOHC

Sesaran: 847CC

Gerek x Lejang: 78.0 mm x 59.1 mm

Nisbah Mampatan: 11.5 : 1

Kuasa Maksimum:  115PS @ 10,000 rpm

Tork Maksimum: 87.5 Nm @ 8,500 rpm

Sistem Pencucuhan: TCI

Transmisi: 6- kelajuan Jejaring Tetap

Suspensi Hadapan/Belakang: Fork telekopik/ swingarm (jenis link)

Brek Hadapan/Belakang: disk dual hidraulik 298 mm/ disk hidraulik tunggal 245 mm

Tayar Hadapan/Belakang: 120/70ZR17/ 180/55ZR17 (Tubeless)

Panjang x lebar x tinggi: 2,075 mm x 815 mm x 1,140 mm

Tinggi Pelana: 830 mm

Jarak Roda: 1,440 mm

Kelegaan tanah: 135 mm

Berat: 195 kg

Kapasiti tangki: 14 liter

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button