" "
Buletin

PUSAT 3S ISUZU KINI DIBUKA DI KLUANG, TAWAR PENGALAMAN BAHARU KEPADA PELANGGAN

Fasiliti 3S Isuzu terkini di Kluang telah dibuka secara rasmi bagi memberikan pengalaman perniagaan moden serta membekalkan inventori alat ganti yang komprehensif.

Cawangan yang dikendalikan oleh Jumbo Arena Sdn Bhd itu menampilkan identiti korporat terkini dan dalam masa sama menyediakan keperluan lengkap bagi jualan serta aktiviti lepas jualan untuk menyokong perkembangan populasi pemilik Isuzu di kawasan sekitar Kluang.

Pusat 3S Isuzu Kluang mempertingkatkan pengalaman perniagaannya dengan menawarkan barisan peranti dan perisian baharu di bawah satu bumbung.

Selain itu, bilik pameran yang luasnya boleh mempamerkan dua kenderaan sekaligus, dan panel maklumat digital pula memberikan rujukan mudah terhadap barisan model Isuzu sedia ada, sama ada lori mahupun trak pikap.

Pusat 3S baharu Isuzu turut dilengkapi ruang menunggu dengan kemudahan pengecasan serta hidangan ringan.

Tambahan, dengan lima ruang servis tersedia, tempoh menunggu kenderaan siap juga adalah lebih pendek.

Pusat 3S Isuzu Kluang terletak di 16, Jalan Bintang 1, 86000 dan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Google ads
Back to top button