,
Buletin

PUSAT 3S VOLVO ARA DAMANSARA KINI DIBUKA. PERKHIDMATAN TERBAIK DI BAWAH SATU BUMBUNG

Volvo Car Malaysia dengan kerjasama Sime Darby Swedish Auto hari ini melancarkan pusat pameran 3S Volvo yang bertempat di Sime Darby Motors City, Ara Damansara.

Pusat pameran 3S Volvo itu melibatkan sebuah bangunan baharu empat tingkat. Ia direka supaya memenuhi standard dan piawaian yang ditetapkan oleh Volvo Retail Experience (VRE).

Pusat 3S itu juga merupakan pusat pameran pertama Volvo yang dilengkapi ciri VR Studio.

Sebagai pusat pameran 3S, premis berkenaan menempatkan pusat perincian kenderaan yang terletak di tingkat dua dan tiga. Sementara manakala pusat penjajaran dan imbangan roda kenderaan pula terletak di tingkat empat.

Terdapat sehingga lapan ruang servis disediakan yang dikendalikan oleh lapan orang kakitangan bertauliah.

Selain itu, pusat pameran 3S Volvo Ara Damansara ada menyediakan ruang parkir khas dengan pengecas kenderaan elektrik. Ia dilihat sebagai satu cara Volvo untuk mempromosikan teknologi bersih pada masa akan datang.

Pengarah Urusan Sime Darby Motors, Andrew Basham memberitahu, Volvo kini menawarkan platform Digital Silent Salesman (DSS) di mana setiap perincian berkenaan kenderaan termasuk harga jualan akan dikongsikan secara digital.

Volvo Ara Damansara terletak di Block 6, Sime Darby Motors City, 6 Jalan PJU 1A/7, 47301 Petaling Jaya, Selangor dan beroperasi bermula 8.30 pagi sehingga 6.00 petang setiap Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi sehingga 6.00 petang hari Sabtu, dan 10.00 pagi sehingga 6.00 petang untuk Ahad dan cuti umum.

Pusat Servis Volvo Ara Damansara pula beroperasi dari 8.30 am sehingga 5.30 pm Isnin hingga Jumaat, dan 8.30 am sehingga 12.45 pm hari Sabtu.

Tags
Google ads
Back to top button